topbella

Monday, April 25, 2011

Walau Tiada....



Wahai Allah Tuhanku yang Satu...
Walau tiada kata-kata dariMU...
Walau tiada tatapan wajahMU..
Walau tiada renungan mataMU...

Namun,
Cahaya matahari yang terbit seolah-olah ukiran senyuman dariMU di pagi hari...
Hembusan angin bayu yang lembut menyapaku bagai sentuhan dariMU yang tulus suci....
Lukisan alamMU seperti pancaran mataMU yang memerhati....

Ya Allah....
Aku begitu rasa akan kehadiranMU...
Dekatilah aku sehingga habis nyawaku...
Lindungilah aku dari segala seksaMU...
Ampunkanlah semua dosa-dosaku..
;_(

Bandar Utama Damansara
25 April 2011
2 :13 pagi

Berkobar-kobar!

Tekanan mula terasa dalam menuntut ilmu....
Ustaz sudah mula beri tugasan untuk setiap subjek...
Dan setiap tugasan itu perlu dipersembahkan di hadapan kelas...
Dengan masa yang terhad, aku perlu menyiapkannya dengan sebaik mungkin...

Di kala menyiapkan tugasan yang diberikan, tiba-tiba air mata mengalir..
Entah mengapa aku rasakan mencabar betul tugasan yang diberikan ustaz...
Aku rasa cabaran kali ini 2 kali ganda lagi hebat dari pengajian degree dahulu...

Memang namanya Diploma...
Aku sendiri tertipu dengan istilah ini...
Bukan mudah sebenarnya...
Mungkin kerana aku kurang asas dalam bidang agama islam....
Aku perlu banyak membaca...

***

Hari ini, aku diberitakan dengan khabar gembira...Newest Implementation...

"Pelajar yang sudah melengkapkan 3 tahun pengajian diploma dalam bidang Usuluddin dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam apa-apa bidang, boleh terus menyambung Ijazah Sarjana (Master) Usuluddin atau Ijazah Sarjana  Pendidikan Islam TANPA Ijazah Sarjana Muda dalam pengajian islam di Universiti Malaya."

Ya Allah....Lagi peluang yang Kau berikan pada aku untuk aku mendalami ilmuMU!Alhamdulillah...

"Tapi, pointer diploma mesti 3.0 ke atas yaaaaaaaaaaaaaaaa....." ~ Ustaz Mustaffa Abdullah


Hehehehe....Berkobar-kobar nak capai keputusan cemerlang! Chaiyok2!

Insyaallah...

Monday, April 18, 2011

Komik LAT

EPIT!!! Watak yang paling aku gemari dalam komik Lat!

Buku ini umpama dadah buat aku...
Apabila mula habis baca senaskhah, aku akan sambung lagi membaca naskhah yang lain....
Baca, baca dan baca sehingga koleksi naskhah yang terakhir...
Aku boleh berjaga sepanjang malam untuk habiskan kesemua koleksi yang aku ada.....
Begitu hebat penangan pelukis LAT dalam diri aku....

Aku mula mengenali komik LAT, baru sahaja tahun lepas...
Rakan sepejabat ku yang membawanya ke pejabat..
Sebelum ini, aku hanya tahu wujudnya komik LAT, tapi sekalipun aku tidak membacanya...
Yang aku tahu komik LAT selalu keluar di Utusan, dan aku tak pernah faham apa yang cuba disampaikannya..
Jadi aku anggap, naskhah-naskhahnya pun begitu juga...
Rupanya tidak...

Ceritanya dan lukisannya betul-betul buat aku jatuh hati...
Semua siri komik LAT habis aku borong..
Tinggal beberapa judul yang tiada dalam pasaran...
Akan aku cari...

Koleksi komik LAT adalah antara koleksi buku yang aku paling sayang...
Aku jaga betul dan pastikan tiada satu muka surat pun yang terlipat....
Koleksi ini akan ku buat sebagai khazanah untuk anak cucu cicit aku...

Wednesday, April 13, 2011

Kesan Istikharah

Masih terngiang-ngiang di telinga ku...
Kata-kata tegas dari bekas kekasih hati...(Moga Allah limpahkan rahmah dan barakah ke atas beliau)
Berkenaan istikharah...

"Ya, istikharah itu ialah jalan penyelesaian apabila kita tidak dapat buat keputusan."

"Dari istikharah lah kita dapat jalan penyelesaian yang terbaik untuk kita."

"Tapi Ika mesti ingat, jalan yang terbaik hasil istikharah itu bukan sesuatu yang menggembirakan dan membahagiakan kita selama kita berada di jalan itu."

"Hal yang kita tak suka itulah yang terbaik buat kita."

"Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui."

Jangan sesekali salahkan Allah (Na'uzubillah) jika hasil istikharah anda tidak membahagiakan atau tidak mencapai kehendak anda....Pasti ada hikmah, dan anda perlulah mencarinya!

P/s : Jom cari hikmah itu!! Seronoknya! Hehehehehe....

Hapuskan Fitrah Itu

Oh, masih jauh rupanya perjalanan aku untuk mencari cinta yang halal..
Masih berliku rupanya kasih sayang yang aku dambakan sejak sekian lama..
Aku pasrah...

***

Ya Allah..
Walau hati terluka, tidak sesekali aku salahkan diriMU atas apa yang terjadi.
Aku tahu Kau amat menyayangiku kerana tidak mahu aku melupakanMU.
Aku tahu Kau sentiasa rindukan tasbihku memujiMU.
Itulah yang menyebabkan Kau menduga aku..
Kau mahu aku sentiasa denganMu.
Aku bersyukur dan aku bahagia dengan segala nikmat dugaan yang Kau anugerahkan padaku ini.

Ya Rabbi...
Andai Kau tawarkan untuk memakbulkan apa sahaja yang aku pinta..
Satu sahaja yang bermain di kepala..
Kau hapuskanlah satu fitrah pada diriku ini..
Fitrah ingin dicintai dan mencintai...
Fitrah cinta manusiawi..
Fitrah inilah yang membunuhku..

Kenapa wahai Tuhan perlu aku dambakan cinta manusia sedangkan Kau sangat sempurna malah lebih sempurna untukku?

Ya Rahman...
Hapuskanlah fitrah itu..
Kasihanilah aku..
Aku sangat lelah..
Rehatkanlah aku...

Wahai jiwa..
Bertenanglah...
Sesungguhnya Allah itu kekasihmu...
Allah itu cinta hatimu...
Allah itu segala-gala buatmu...
Tunduklah...Sujudlah...Wahai jiwa yang terluka....

Saturday, April 9, 2011

Akan Ku Jumpa..

Wednesday, April 6, 2011

Menatap Wajah Emas

Rumah Seri Kenangan (Rumah Orang-orang Tua)
Cheras
3 April 2011

Aku hayati wajah tua mereka...
Aku selami tingkah mereka..
Aku simpulkan apa yang tersirat..
Namun aku tidak temui apa-apa...
Butakah aku?

***

Sedang aku berborak dengan Ibu (ibu angkatku), datang seseorang..

Ibu : Pakcik Saleh (nama samaran) sudah habis makan?

Pakcik Saleh : Sudaahhhhh... (Sambil membuncitkan perutnya dan tangannya dipusing-pusingkan diperutnya)

Ibu : Sedap tak??

Pakcik Saleh : Sedappppp.... (Sambil "thumbs up" kedua-dua belah tangan)

Ibu : Alhamdulillah....

Pakcik Saleh masih bertenggek di hadapan kami. Terkebil-kebil matanya sambil menyeringai...

Ibu : Ada apa Pakcik? (Ibu seperti menduga)

Pakcik Saleh : Tadi kami main baling buah kelapa kena tin.(sambil tunjuk aksi baling buah kelapa) Aku menang. Dapat nombor satuuuu!! (Longhat noghorinya (Negeri Sembilan) sangat pekat)

Pakcik Saleh kelihatan sangat seronok. Berkali-kali beliau cerita kemenangan beliau. Siap tunjuk gaya aksinya yang ala-ala juara. Hehehe...

***

Alahai... Apa kisah pakcik ini? Sampai buat dia kemari?

Ibu : Yang ada di sini, tak semua yang dibuang anak. Ada yang sebatang kara, ada yang merajuk dengan anak sampai "menyerah diri" di sini...

***

Sepetang di Rumah Seri Kenangan Cheras, tidak cukup buat aku menyingkap setiap tirai kisah mereka. Mujur Ibu bekerja di situ. Aku boleh datang menziarah selalu. Ingin aku kenal setiap daripada mereka. Ingin aku selami apa yang terbuku di hati mereka. Bukan mahu jaga tepi kain orang, tapi aku mahu kaup ilmu,  pengalaman, pengajaran dan sebagainya daripada mereka.


Gambar di ambil sewaktu mereka makan petang di dewan makan.
Tidak ramai yang turun makan kerana sebelumnya mereka telah dijamu oleh mahasiswa UPSI yang datang menziarahi mereka.
Gambar agak kabur kerana di ambil menggunakan kamera telefon bimbit.
DSLR tidak dibawa, leceh!~

My Photo
Siti Zulaikha Kamarudin
View my complete profile
Aku Sang Merpati
Hidupku memerhati
Mengambil intipati
Untuk dibawa mati

 
Raudhah An-Nur© DiseƱado por: Compartidisimo