topbella

Monday, February 21, 2011

Kerana RM10, RM400 Melayang....SYUKUR!

Diingatkan bahawa entri ini dibuat bukan bertujuan untuk riak, tetapi untuk ingatan diri sendiri dan juga ingatan bagi sesiapa yang membacanya.

***

"Raudhah, boss nak jumpa di Conference Room.."


"Baik!"


Di Conference Room,

"Raudhah, here is your first salary. You may now go to the bank and cash out the cheque. Its a big amount. Be careful!"

Senang betul hari ini. Aku terima gaji pertama. Setelah 6 bulan aku menganggur, ini gaji pertama aku. Hasil titik peluh aku sendiri 100%. Alhamdulillah, syukur tak terhingga!

Dalam kepala, sudah berlegar-legar apa yang hendak dibuat untuk duit itu. Yang pasti, aku perlu ketepikan RM600 untuk bayar ansuran kereta dan RM100 untuk bayar hutang PTPTN.

Tiba- tiba, aku teringat akan nazarku. Nazarku sebelum aku melangkah ke bilik temuduga. Ya, janjiku pada ALLAH!

Aku bernazar untuk salurkan paling minimum RM10 sebulan kepada mana-mana pihak yang memerlukan jika aku mendapat pekerjaan itu (Pekerjaan sekarang).

Gaji pertama...Alhamdulillah, aku laksanakannya.

Gaji kedua, ketiga dan keempat...Alhamdulillah...

Bulan kelima...Tak semena-mena telefon bimbit ku rosak. Aku sangat kalut kerana telefon tersebut hadiah pemberian ayahku. Aku tak sampai hati mahu beli yang baru kerana aku tahu hadiah tesebut bukannya murah dan sentimental value sangatlah tinggi.Aku nekad untuk membaikinya.

Aku ke Pertama Kompleks. Lebih dari 20 buah kedai, aku tanyakan harga baik-pulih. Semuanya mengatakan harga baik pulih adalah RM400! Berpeluh juga aku dibuatnya.

Bila difikir-fikir balik, apalah sangat dengan harga RM400 itu, jika mahu dibandingkan dengan harga yang ayahku bayar dan lagi, aku sendiri yang merosakkannya. Aku tutup saja pintu mata hati saat melepaskan wang RM400 ke tangan si tukang baiki.

Saat pulang dari Pertama Kompleks, aku terserempak dengan budak-budak tahfiz yang menjual kismis untuk mengumpulkan dana. Di Masjid Jamek pula, aku bertembung dengan Si Buta yang sedang menjual tisu dan Si Copang-camping yang hanya duduk menanti orang mencampakkan syiling dala cawannya. Saat itu, SUBHANALLAH..Aku baru ingat akan janjiku pada ALLAH yang tak tertunai!

Ya, pada bulan kelima, aku tidak salurkan pun hatta RM10 sekalipun kepada sesiapa. Aku sangat ingat aku tidak lakukannya kerana duit gaji aku (setelah tolak duit kereta dan duit hutang PTPTN), habis aku laburkan untuk buat modal perniagaan baru ku.

MASYAALLAH, aku betul-betul malu. Aku sangat malu. Baru aku tahu kenapa telefon bimbit ku tiba-tiba buat hal...

Sejak hari itu, untuk buat aku tidak lupa, aku masukkan wang jariah dalam buku kira-kira aku untuk jumlah wang wajib tolak sepertimana duit kereta dan duit hutang PTPTN....

Insyaallah, semoga aku tidak lupa lagi. Semoga aku tidak lalai lagi.

Amin.

***


Janji kita pada ALLAH. Kadang-kadang, kita boleh lupa. Bukan kadang-kadang, mungkin selalu juga. Tapi ALLAH masih sayang kita. DIA tidak biarkan kita. DIA ingatkan kita. DIA sedarkan kita. DIA bukan saja-saja duga kita. DIA nak kita tahu, bahawa DIA ada.. Bahawa DIA Maha Mendengar, Al-Sami'. Bahawa DIA Maha Melihat, Al-Bashir. Dan DIA nak kita rasa kasih-sayangNYA kerana DIA Ar-Rahman dan Ar-Rahim, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. DIA sedarkan kita kerana DIA lah Yang Maha Pengampun, Al-Ghaffar..

Allahu Akhbar...Allahu Akhbar.. Allahu Akhbar..

0 comments:

My Photo
Siti Zulaikha Kamarudin
View my complete profile
Aku Sang Merpati
Hidupku memerhati
Mengambil intipati
Untuk dibawa mati

 
Raudhah An-Nur© DiseƱado por: Compartidisimo