Tiada madah buat aku saat menerima bungkusan di atas.Lambang Jemari Seni yang tertera di depan bungkusan lagi mencambahkan kekesalan di hati.
Mengapakah aku begitu kejam?
Aku sedar..
Sejak dari sekolah lagi, sahabat ku ini tidak pernah lupakan aku.Tidak pernah lupa hari lahirku.Setiap tahun, dia pasti akan ucap selamat.Paling kurang pun, dia hanya sms.Dan pernah juga menelefon aku.Tahun ini pula, dia hadiahkan dua buah hadiah cinta (buku ; gelaran aku sendiri).
Aku?
Aku sendiri tidak ingat ada atau tidak aku ucapkan selamat setiap kali ulangtahunnya.Aku rasa, seperti tidak pernah sahaja.Kerana, saat ini, aku masih tidak tahu tarikh ulangtahunnya!Aku hanya tahu dia lahir pada bulan Januari.Itupun, entah betul entah tidak!Apatah lagi hendak beri hadiah?
Aku sangat kejam.Itu aku tahu.
Wahai sahabat,
Ucapan terima kasih dan mohon maaf dari aku kepadamu, seperti tidak memadai buat aku.Aku amat bersalah padamu.
Insyaallah...Masa yang bersisa ini, akan aku cuba perbaiki diri.Dengan izin ALLAH juga, aku akan menikmati saat-saat bersahabat denganmu.16 Oktober 2010
2 comments:
Salam.
indah bait2 kata dalam blog ini. suka menelaahnya hingga habis,tahniah!:)
Wa'alaikumsalam wbt...
Terima kasih.Saya baru dalam dunia penulisan.Banyak lagi yang saya perlu belajar.Barangkali saudari boleh membantu?hehe.
Post a Comment