Ada juga timbul kesal di hati.Rasa kesal tidak datang ke sini sejak awal dahulu untuk bantu mereka.Lagi sebulan sebelum SPM tiba, barulah tergerak untuk datang.Mungkin ada hikmah.
"How are they?"
"Very fine..Alhamdulillah.."
"Are you sure?"
"Yes!But why?"
Mama terangkan seorang demi seorang tahap kelemahan mereka.
***
Sepanjang dua jam aku bersama dengan mereka, aku tidak rasa rumit untuk mengajar mereka.Mereka banyak bertanya, aku cukup suka!Cuma Dib saja yang kelihatan diam dan tidak banyak campur dalam perbincangan antara aku dan anak-anak yang lain.
Sekali sahaja aku ajar mereka, mereka faham.Aku tahu mereka faham kerana selepas aku mengajar, aku beri soalan serupa yang aku ajar.Alhamdulillah mereka boleh buat.Ini termasuk Mun.
Mun.
Nama yang paling banyak Mama sebut padaku.Mun kurang belajar, Mun asyik baca novel, Mun letak novel atas buku latihan, konon-konon belajar, rupa-rupanya baca novel..Mun itu, Mun ini...Tapi aku tahu, dia cepat tangkap.Jika tidak, masakan dia boleh buat soalan-soalan yang aku beri setelah aku ajar.Yang buat aku lagi berbangga adalah, dia bukan setakat buat soalan-soalan yang aku beri saja, malah lebih!Dia cari soalan-soalan yang mirip dengan apa yang aku ajar dan dia buat.Dia tunjuk padaku untuk aku semak.Dan semuanya betul!
You wrong Mama.I will make you proud of them!
Haha!Ayat di atas hanya boleh berkata-kata di dalam hati.Aku takut untuk menyampaikannya.Biarlah aku berjanji pada diri aku sendiri, bukan berjanji pada Mama.Tidak juga pada anak-anak.
***
Hari beransur-ansur gelap.Aku terpaksa pulang.Lengkong laici (buatan sendiri) yang aku bawa seberkas penuh tinggal dua tiga ketul sahaja.Aku suruh mereka habiskan kerana ingin bawa bekasnya pulang.Alih-alih, aku yang lupa untuk mengambilnya!
Sebelum aku berangkat pulang, Dib bertanya padaku...
"Akak akak..Akak faham tak kehidupan remaja?"
"Apa pula akak tidak faham?Akak kan pernah melaluinya."
"Maksud saya, boleh tak kalau saya nak bercerita dengan akak?Cerita kita-kita je."
"Cerita apa?Pasal boyfriend ke?"
Haha!Aku mula melawak.Pasti boleh sayangku!
Aku faham pertanyaan Dib.Dia memerlukan seseorang yang terbuka.Seseorang yang boleh dengar dan fahami jiwa geloranya.Dia memerlukan seseorang yang boleh berinteraksi dengannya dari hati ke hati.Aku tahu dan aku faham itu.Setiap orang memerlukannya.Apatah lagi dia yang jauh dari keluarga.
Maka dengan itu, 10/10/10 adalah permulaan hari yang baik buatku.Aku harapkan hari-hari yang mendatang begitu juga.Seperti hari ini...Insyaallah.
Alhamdulillah...
10 Oktober 2010
1 comments:
Salam...saudari tumpang tanya...di manakah ruangan sembang-sembang saudari? hehehehe...nice blog....
Post a Comment