topbella

Friday, December 2, 2011

12 November 2011

Alhamdulillah...Pada tarikh tersebut, sebuah butik yg diusahakan oleh aku dan Ad secara rasminya telah mula dibuka....

Sebelum pembukaan kedai tersebut, kami mula-mula merancang untuk membuka sebuah kedai menjual pakaian wanita...Produk lebih kepada baju kasual...Tetapi, kemudiannya kami terdesak untuk menukar konsep kedai kerana kedai-kedai berjiranan dengan kami semuanya menjual produk yang sama...

Atas keimanan yang teguh dan semangat juang yang tinggi, akhirnya kami sepakat membuka sebuah butik pengantin.Mengapa aku katakan "atas keimanan yang teguh dan semangat juang yang tinggi"??Ini kerana kami berdua belum berkahwin lagi...HAHAHA!

Mungkin agak pelik bagi orang luar bahawa kami yang masih bujang boleh membuka sebuah butik pengantin..Kami peduli apa...Biarlah mulut orang tak boleh ditutup..Yang penting, kami boleh ambil berkat dari setiap pasangan yang datang ke kedai kami...Hahaha... =p

Setakat ini, kami hanya buat kecil-kecilan sahaja.Kami jual busana pengantin perempuan sahaja.Lain-lain servis dan produk insyaallah akan ditambah dari semasa ke semasa...


Bersama sahabat-sahabat yg hadir pada hari pembukaan...

Monday, October 24, 2011

Kedai Sudah Siap...

Alhamdulillah, kedai sudah siap setelah setelah bermacam2 dugaan yg kami tempuhi...

Antara lakaran kedai...





Aku tidak dapat berlama-lamaan...Lain kali akan ku cerita secara terperinci...

Tuesday, July 19, 2011

Percaya Padaku - Ungu




aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

Tuesday, July 12, 2011

Wajah Baru...


Sebelum

Semasa proses pengecatan semula...


Hasilnya =)

Alhamdulillah, kereta Cinta Hati sudah selamat berwajah baru...Terdengar suara keriangan beliau, buat hati ini amat tersentuh ;)

Monday, July 4, 2011

2 Tahun...

2 tahun ini adalah tempoh fokus buat diri aku...Satu ialah pemantapan kerjaya dan profesionalisme sebagai seorang usahawan wanita yang berjaya dan kekal berjaya..Yang kedua pula, pemantapan dari segi jati diri, dalaman dan luaran..Pendek kata, persediaan untuk menjadi seorang wanita yang hebat ;P

***

Minggu depan, aku akan berangkat ke Jakarta untuk mencari ruang niaga..Perjuangan Sweet Roses Resources sudah pun bermula!

Insyaallah, jika tiada aral melintang, butik akan dibuka pada awal tahun 2012..Tapak kedai sudah ada iaitu di First Subang Mall..Pusat beli-belah berkenaan belum dibuka kerana masih menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian..Kami pun sedang sibuk mencari idea untuk buat susun atur kedai kami...

Aku sibuk juga mencari ilmu tentang perniagaan..Al-maklumlah, tiada pengalaman...Tetapi dari segi pengurusan syarikat, insyaallah, aku yakin aku boleh buat berbekalkan pengalaman pekerjaan aku sekarang sebagai 'orang admin'....

Jadi, insyaallah, dalam 2 tahun ini aku perlu fokus untuk perkukuhkan syarikat..Timba pengalaman, timba ilmu...

***

Cinta hati sudah tetapkan tempoh 2 tahun untuk aku persiapkan diri...Melihatkan keadaan sekarang, ternyata aku dan dia masih belum lagi dapat bersatu...Masing-masing sedang mengejar impian masing-masing...Aku sendiri pun tidak mahu terkocoh-kocoh...Kami mahu kehidupan yang terbaik bersama..Jadi, persediaan perlu dibuat...

Insyaallah, semoga dipermudahkan segala urusan...

Sunday, June 12, 2011

=)



Monday, May 16, 2011

Mengapa Ada Rindu


Mengapa?
Bila aku rindukan sesuatu..
sesuatu itu pasti akan menjelma di depan mata..
pasti jua akan menyinga di tepi telinga...

Mengapa?
Bila aku rindukan sesuatu..
sesuatu itu pasti akan mencengkam naluriku tak terlepas..
sehingga aku sendiri hanyut..
tenggelam..
dan lemas..

Mengapa?
Bila aku rindukan sesuatu..
aliran mutiara embun makin deras..
namun tidak bawa aku ke mana-mana..
aku tidak beranjak walau seinci..
tercacak sendiri..
tiada yang peduli..

dan mengapa?
Bila aku rindukan sesuatu..
Sesuatu itu pasti menyentap aku..
menarik aku jatuh..
tersungkur aku di tepian gantang..
mendungu aku keseorangan..

3:45 pm
Office Bangsar

Monday, May 2, 2011

Hakikat Bahagia

Monday, April 25, 2011

Walau Tiada....



Wahai Allah Tuhanku yang Satu...
Walau tiada kata-kata dariMU...
Walau tiada tatapan wajahMU..
Walau tiada renungan mataMU...

Namun,
Cahaya matahari yang terbit seolah-olah ukiran senyuman dariMU di pagi hari...
Hembusan angin bayu yang lembut menyapaku bagai sentuhan dariMU yang tulus suci....
Lukisan alamMU seperti pancaran mataMU yang memerhati....

Ya Allah....
Aku begitu rasa akan kehadiranMU...
Dekatilah aku sehingga habis nyawaku...
Lindungilah aku dari segala seksaMU...
Ampunkanlah semua dosa-dosaku..
;_(

Bandar Utama Damansara
25 April 2011
2 :13 pagi

Berkobar-kobar!

Tekanan mula terasa dalam menuntut ilmu....
Ustaz sudah mula beri tugasan untuk setiap subjek...
Dan setiap tugasan itu perlu dipersembahkan di hadapan kelas...
Dengan masa yang terhad, aku perlu menyiapkannya dengan sebaik mungkin...

Di kala menyiapkan tugasan yang diberikan, tiba-tiba air mata mengalir..
Entah mengapa aku rasakan mencabar betul tugasan yang diberikan ustaz...
Aku rasa cabaran kali ini 2 kali ganda lagi hebat dari pengajian degree dahulu...

Memang namanya Diploma...
Aku sendiri tertipu dengan istilah ini...
Bukan mudah sebenarnya...
Mungkin kerana aku kurang asas dalam bidang agama islam....
Aku perlu banyak membaca...

***

Hari ini, aku diberitakan dengan khabar gembira...Newest Implementation...

"Pelajar yang sudah melengkapkan 3 tahun pengajian diploma dalam bidang Usuluddin dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam apa-apa bidang, boleh terus menyambung Ijazah Sarjana (Master) Usuluddin atau Ijazah Sarjana  Pendidikan Islam TANPA Ijazah Sarjana Muda dalam pengajian islam di Universiti Malaya."

Ya Allah....Lagi peluang yang Kau berikan pada aku untuk aku mendalami ilmuMU!Alhamdulillah...

"Tapi, pointer diploma mesti 3.0 ke atas yaaaaaaaaaaaaaaaa....." ~ Ustaz Mustaffa Abdullah


Hehehehe....Berkobar-kobar nak capai keputusan cemerlang! Chaiyok2!

Insyaallah...

Monday, April 18, 2011

Komik LAT

EPIT!!! Watak yang paling aku gemari dalam komik Lat!

Buku ini umpama dadah buat aku...
Apabila mula habis baca senaskhah, aku akan sambung lagi membaca naskhah yang lain....
Baca, baca dan baca sehingga koleksi naskhah yang terakhir...
Aku boleh berjaga sepanjang malam untuk habiskan kesemua koleksi yang aku ada.....
Begitu hebat penangan pelukis LAT dalam diri aku....

Aku mula mengenali komik LAT, baru sahaja tahun lepas...
Rakan sepejabat ku yang membawanya ke pejabat..
Sebelum ini, aku hanya tahu wujudnya komik LAT, tapi sekalipun aku tidak membacanya...
Yang aku tahu komik LAT selalu keluar di Utusan, dan aku tak pernah faham apa yang cuba disampaikannya..
Jadi aku anggap, naskhah-naskhahnya pun begitu juga...
Rupanya tidak...

Ceritanya dan lukisannya betul-betul buat aku jatuh hati...
Semua siri komik LAT habis aku borong..
Tinggal beberapa judul yang tiada dalam pasaran...
Akan aku cari...

Koleksi komik LAT adalah antara koleksi buku yang aku paling sayang...
Aku jaga betul dan pastikan tiada satu muka surat pun yang terlipat....
Koleksi ini akan ku buat sebagai khazanah untuk anak cucu cicit aku...

Wednesday, April 13, 2011

Kesan Istikharah

Masih terngiang-ngiang di telinga ku...
Kata-kata tegas dari bekas kekasih hati...(Moga Allah limpahkan rahmah dan barakah ke atas beliau)
Berkenaan istikharah...

"Ya, istikharah itu ialah jalan penyelesaian apabila kita tidak dapat buat keputusan."

"Dari istikharah lah kita dapat jalan penyelesaian yang terbaik untuk kita."

"Tapi Ika mesti ingat, jalan yang terbaik hasil istikharah itu bukan sesuatu yang menggembirakan dan membahagiakan kita selama kita berada di jalan itu."

"Hal yang kita tak suka itulah yang terbaik buat kita."

"Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui."

Jangan sesekali salahkan Allah (Na'uzubillah) jika hasil istikharah anda tidak membahagiakan atau tidak mencapai kehendak anda....Pasti ada hikmah, dan anda perlulah mencarinya!

P/s : Jom cari hikmah itu!! Seronoknya! Hehehehehe....

Hapuskan Fitrah Itu

Oh, masih jauh rupanya perjalanan aku untuk mencari cinta yang halal..
Masih berliku rupanya kasih sayang yang aku dambakan sejak sekian lama..
Aku pasrah...

***

Ya Allah..
Walau hati terluka, tidak sesekali aku salahkan diriMU atas apa yang terjadi.
Aku tahu Kau amat menyayangiku kerana tidak mahu aku melupakanMU.
Aku tahu Kau sentiasa rindukan tasbihku memujiMU.
Itulah yang menyebabkan Kau menduga aku..
Kau mahu aku sentiasa denganMu.
Aku bersyukur dan aku bahagia dengan segala nikmat dugaan yang Kau anugerahkan padaku ini.

Ya Rabbi...
Andai Kau tawarkan untuk memakbulkan apa sahaja yang aku pinta..
Satu sahaja yang bermain di kepala..
Kau hapuskanlah satu fitrah pada diriku ini..
Fitrah ingin dicintai dan mencintai...
Fitrah cinta manusiawi..
Fitrah inilah yang membunuhku..

Kenapa wahai Tuhan perlu aku dambakan cinta manusia sedangkan Kau sangat sempurna malah lebih sempurna untukku?

Ya Rahman...
Hapuskanlah fitrah itu..
Kasihanilah aku..
Aku sangat lelah..
Rehatkanlah aku...

Wahai jiwa..
Bertenanglah...
Sesungguhnya Allah itu kekasihmu...
Allah itu cinta hatimu...
Allah itu segala-gala buatmu...
Tunduklah...Sujudlah...Wahai jiwa yang terluka....

Saturday, April 9, 2011

Akan Ku Jumpa..

Wednesday, April 6, 2011

Menatap Wajah Emas

Rumah Seri Kenangan (Rumah Orang-orang Tua)
Cheras
3 April 2011

Aku hayati wajah tua mereka...
Aku selami tingkah mereka..
Aku simpulkan apa yang tersirat..
Namun aku tidak temui apa-apa...
Butakah aku?

***

Sedang aku berborak dengan Ibu (ibu angkatku), datang seseorang..

Ibu : Pakcik Saleh (nama samaran) sudah habis makan?

Pakcik Saleh : Sudaahhhhh... (Sambil membuncitkan perutnya dan tangannya dipusing-pusingkan diperutnya)

Ibu : Sedap tak??

Pakcik Saleh : Sedappppp.... (Sambil "thumbs up" kedua-dua belah tangan)

Ibu : Alhamdulillah....

Pakcik Saleh masih bertenggek di hadapan kami. Terkebil-kebil matanya sambil menyeringai...

Ibu : Ada apa Pakcik? (Ibu seperti menduga)

Pakcik Saleh : Tadi kami main baling buah kelapa kena tin.(sambil tunjuk aksi baling buah kelapa) Aku menang. Dapat nombor satuuuu!! (Longhat noghorinya (Negeri Sembilan) sangat pekat)

Pakcik Saleh kelihatan sangat seronok. Berkali-kali beliau cerita kemenangan beliau. Siap tunjuk gaya aksinya yang ala-ala juara. Hehehe...

***

Alahai... Apa kisah pakcik ini? Sampai buat dia kemari?

Ibu : Yang ada di sini, tak semua yang dibuang anak. Ada yang sebatang kara, ada yang merajuk dengan anak sampai "menyerah diri" di sini...

***

Sepetang di Rumah Seri Kenangan Cheras, tidak cukup buat aku menyingkap setiap tirai kisah mereka. Mujur Ibu bekerja di situ. Aku boleh datang menziarah selalu. Ingin aku kenal setiap daripada mereka. Ingin aku selami apa yang terbuku di hati mereka. Bukan mahu jaga tepi kain orang, tapi aku mahu kaup ilmu,  pengalaman, pengajaran dan sebagainya daripada mereka.


Gambar di ambil sewaktu mereka makan petang di dewan makan.
Tidak ramai yang turun makan kerana sebelumnya mereka telah dijamu oleh mahasiswa UPSI yang datang menziarahi mereka.
Gambar agak kabur kerana di ambil menggunakan kamera telefon bimbit.
DSLR tidak dibawa, leceh!~

Thursday, March 31, 2011

Alhamdulillah, Salah Satu Impian Sudah Tercapai!

Entri dibawah ditulis beberapa bulan yang lalu..Oktober 2010...

Entri 1

Impian ketiga yang aku ungkapkan ialah :

3. Nak buka syarikat sendiri

Aku teringin sangat nak ada perniagaan keluarga sendiri.Ketuanya, suamiku, aku sebagai pembantunya.Kemudian, di bawah kami, kami menggaji pekerja.Apabila anak-anak sudah besar, mereka juga terlibat sama dalam pengurusan syarikat.Cuma, jenis perniagaan itu aku belum fikirkan lagi.Tetapi, ada terlintas di hati mahu buka kedai runcit pandu lalu (drive through)!hehe...

Impian ini sebenarnya lahir dari syarikat tempat aku bekerja sekarang.Pengarah atasannya suami isteri.Pengarah sumber manusia pula adik isteri.Dan anak-anak mereka bakal memegang tampuk pengurusan syarikat setelah tamat belajar kelak.Syarikat nampak begitu berkembang maju.Betul-betul memberi inspirasi buat aku.



Selepas 5 bulan mengungkapkan impian ini, maka hasilnya ini...


dan ini...


dan ini juga.....



Walaupun penubuhan syarikat bukan dengan suami (wallahua'lam), tapi aku amat bersyukur kerana penubuhan syarikat ini adalah bersama dengan sahabat dunia akhirat ku sendiri.

***

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar...

Begitu cepat impian aku ditunaikan. Sujud syukur ku padaMu Ya Rahman  ;_)

Apa-apa pun, perjalanan masih jauh. Aku baru berada di garisan permulaan.

Semoga ALLAH sentiasa bersama dengan ku...

Tuesday, March 22, 2011

Lawatan Ke Cameron Highlands - Episod Makanan

Kimchi goreng dan cendawan goreng....


Buah strawberi...


Coklat celup..


Jus kordial strawberi Al-Mashoor 
(Gambar di ambil dari laman web Al-Mashoor)

Ada seorang kawan memesan supaya dibelikan jus kordial strawberi jenama Al-Mashoor. Agak susah juga untuk mencari jus ini melainkan kami sendiri pergi ke Taman Agro Al-Mashoor. Agak petang baru kami melilau mencari. Kami ingat jus ini banyak dijual. Rupanya tidak. Akhirnya, kami jumpa di pasar malam Brinchang. Itupun, hanya seorang peniaga yang menjualnya. Sedap betul rasanya. 

***

Sarapan pagi hanya di dalam kereta. Menyantap makanan-makanan yang kurang berkhasiat. Hehe... Hentian pertama kami adalah di Bharat Tea Plantation. Di sini kami "mengeteh" (minum teh / pekena teh). Aku memesan teh 'o' berperisa strawberi, manakala Adelina memesan teh hijau (green tea). Santapan hanya sepotong sandwich pada pukul 11.00 pagi. Kafe tersebut tidak menyediakan hidangan berat.

Kami hanya dapat nikmati makanan berat pada pukul 5.30 petang di pasar malam Brinchang. Itupun, kami tumpang makan di belakang sebuah gerai tempat mereka menyediakan makanan. Tiada satu pun gerai di pasar malam tersebut yang menyediakan tempat duduk untuk makan. 

Entah mengapa kami tidak berani untuk masuk ke mana-mana restoran di sana untuk makan.

Hikmah Itu Syurga Dunia



Susahnya untuk aku mengungkap perasaan aku ketika ini. Kasih-sayang ALLAH SWT datang mencurah-curah. Lepas satu, satu lagi yang aku terima. Adakah ini anugerah buatku atas kesabaran aku sebelum ini?

***

Hidup kita punya dua jalan. Hanya satu jalan sahaja yang kita boleh pilih dan laluinya. Setelah memilihnya, berusahalah agar jalan itu lurus. Selebihnya, redhalah!

Jika kita sampai ke destinasi harapan kita, maka bersyukurlah dan bergembiralah!

Jika kita sampai ke destinasi yang lain, maka bersyukurlah juga dan janganlah bersedih! Kerana selautan pahala kesabaran itu pasti milik kita dan selautan kebahagian itu pasti kita renangi (Jika hati berpaksi pada ALLAH swt)! Maka, kesatlah air mata tersebut dan bergembiralah!

Tidak semestinya jalan yang kita pilih itu akan sampai ke destinasi yang kita harapkan. Kadangkala, apa yang kita inginkan atau harapkan, bukan yang terbaik untuk kita.




Sesungguhnya, Allah swt  itu lebih mengetahui....
Dia Maha Mengetahui.

Thursday, March 17, 2011

Ke Perlis..Walimah Lagi...

Badan mula rasa letih. Aktiviti hidup tiada henti malah bertambah. Ada juga yang belum dibuat kerana terlalu banyak rancangan. Hidup hanya sekali, jadi jom maximakan masa!

***

Esok, aku perlu ke Perlis untuk hadiri walimah kakak saudara ku. Pada mulanya aku rancang untuk memandu sahaja, tetapi aku rasa semacam tidak berdaya kerana badanku sudah mula rasa sakit-sakit dek penangan latihan menguruskan berat badan.Haha! Oh, jika ingin ketahui bagaimana sesi latihannya, boleh layari http://deheartyku.blogspot.com

Baru sahaja berangan-angan mahu habiskan setengah hari di dalam gerabak dengan membaca buku sambil minum teh atau kopi, malangnya tiket keretapi ke Arau, Perlis sudah habis dijual. Angan-angan tinggal angan-angan sahaja. Nampaknya, terpaksalah aku memandu ke sana...Berseorangan....Lagiii...Huuuu...(Bilalah mahu berdua?Kikiki)

Oh ya...Saja mahu kongsi hadiah yang aku beli untuk kakak saudara ku...

Hadiah Dunia Akhirat!

Sunday, March 13, 2011

Shatirah...Sahabat Sekolah





Alhamdulillah..
Seorang lagi sahabat sekolah (Shatirah) menamatkan zaman bujangnya pada hari ini.

Aku mencuri masa untuk ke kenduri walimah beliau kerana beliau agak rapat dengan ku ketika bangku sekolah. Kelas pada hari Ahad petang terpaksa aku tinggalkan demi menyaksikan hari bahagia sahabat sejati.

Bersama rakan-rakan sekolah yang sempat ketemu..

Didoakan semoga Shatirah dan suami sentiasa dalam redha ALLAH swt..Moga jua dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah...Amin Ya Rabb...

Thursday, March 10, 2011

Rumah Impian..


Lihat pada gambar sahaja, sudah buat hati terpukau, apa lagi merasai pemandangan ini sendiri?
Subhanallah, Maha Suci Allah Yang Khaliq..

Tiba-tiba rasa teringin sangat nak memiliki sebuah rumah dalam suasana yang sedemikian. Bangunan tersebut sebenarnya adalah sebuah kafe di Tanah Tinggi Cameron.

Is it possible?
Huurmm...

Sunday, February 27, 2011

Tiada Duka Yang Abadi




Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Friday, February 25, 2011

Sedetik Lebih


Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanMu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanMu

Ternyata ku perlukan cinta dari diriMu Sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai Kamu

Kerana Kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya Kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya Kamu

***

Oh Allah, hidupku matiku, hanya untuk-Mu...

Tuesday, February 22, 2011

Kelas Bahasa Arab

Kali terakhir aku belajar bahasa Arab adalah ketika aku darjah 6. Bahasa Arab satu-satunya matapelajaran yang aku GAGAL dalam UPSRA. Huhuhu. Subjek hafal menghafal ni, aku agak lemah.

Sekarang umur hampir menginjak ke 25 tahun, baru terasa untuk belajar kembali dan menguasai bahasa Arab. Mujur pengajian diploma yang aku ambil ini ada tawarkan kursus bahasa Arab.

Kelas bahasa Arab aku dikendalikan oleh Dr. Nordin, pensyarah dari UIA. Segak orangnya. Hehehe...

Untuk kelas bahasa Arab, kami dipecahkan kepada 5 kumpulan. Kelas bahasa ini, pelajar pengajian Usuluddin dan pelajar pengajian Syariah dicampurkan.

Aku agak selesa sikit dalam kelas bahasa Arab kerana bilangan perempuan agak ramai jika dibandingkan dengan kelas kuliah Usuluddin. Pelajar perempuan pengajian Usuluddin hanya seramai 9 orang sahaja manakala pelajar lelaki Usuluddin lebih dari 60 orang.

Dr. Nordin pada awal lagi mengingatkan kami bahawa kursus yang ditawarkan dalam pengajian diploma ini fokusnya hanyalah untuk pembacaan. Selesai 3 tahun pengajian, beliau jamin kami boleh membaca tanpa baris. Tetapi, untuk bahasa Arab komunikasi, beliau cadangkan kami mengambil kelas tambahan kerana caranya lain dari pembacaan.

Pada kelas pertama, kami sudah mula belajar kata ganti diri. Dr. Nordin juga ajar kami cara menyebut.

"Man anta / anti?"


Siapa tahu, sila jawab! Hehehe =)

Monday, February 21, 2011

Kerana RM10, RM400 Melayang....SYUKUR!

Diingatkan bahawa entri ini dibuat bukan bertujuan untuk riak, tetapi untuk ingatan diri sendiri dan juga ingatan bagi sesiapa yang membacanya.

***

"Raudhah, boss nak jumpa di Conference Room.."


"Baik!"


Di Conference Room,

"Raudhah, here is your first salary. You may now go to the bank and cash out the cheque. Its a big amount. Be careful!"

Senang betul hari ini. Aku terima gaji pertama. Setelah 6 bulan aku menganggur, ini gaji pertama aku. Hasil titik peluh aku sendiri 100%. Alhamdulillah, syukur tak terhingga!

Dalam kepala, sudah berlegar-legar apa yang hendak dibuat untuk duit itu. Yang pasti, aku perlu ketepikan RM600 untuk bayar ansuran kereta dan RM100 untuk bayar hutang PTPTN.

Tiba- tiba, aku teringat akan nazarku. Nazarku sebelum aku melangkah ke bilik temuduga. Ya, janjiku pada ALLAH!

Aku bernazar untuk salurkan paling minimum RM10 sebulan kepada mana-mana pihak yang memerlukan jika aku mendapat pekerjaan itu (Pekerjaan sekarang).

Gaji pertama...Alhamdulillah, aku laksanakannya.

Gaji kedua, ketiga dan keempat...Alhamdulillah...

Bulan kelima...Tak semena-mena telefon bimbit ku rosak. Aku sangat kalut kerana telefon tersebut hadiah pemberian ayahku. Aku tak sampai hati mahu beli yang baru kerana aku tahu hadiah tesebut bukannya murah dan sentimental value sangatlah tinggi.Aku nekad untuk membaikinya.

Aku ke Pertama Kompleks. Lebih dari 20 buah kedai, aku tanyakan harga baik-pulih. Semuanya mengatakan harga baik pulih adalah RM400! Berpeluh juga aku dibuatnya.

Bila difikir-fikir balik, apalah sangat dengan harga RM400 itu, jika mahu dibandingkan dengan harga yang ayahku bayar dan lagi, aku sendiri yang merosakkannya. Aku tutup saja pintu mata hati saat melepaskan wang RM400 ke tangan si tukang baiki.

Saat pulang dari Pertama Kompleks, aku terserempak dengan budak-budak tahfiz yang menjual kismis untuk mengumpulkan dana. Di Masjid Jamek pula, aku bertembung dengan Si Buta yang sedang menjual tisu dan Si Copang-camping yang hanya duduk menanti orang mencampakkan syiling dala cawannya. Saat itu, SUBHANALLAH..Aku baru ingat akan janjiku pada ALLAH yang tak tertunai!

Ya, pada bulan kelima, aku tidak salurkan pun hatta RM10 sekalipun kepada sesiapa. Aku sangat ingat aku tidak lakukannya kerana duit gaji aku (setelah tolak duit kereta dan duit hutang PTPTN), habis aku laburkan untuk buat modal perniagaan baru ku.

MASYAALLAH, aku betul-betul malu. Aku sangat malu. Baru aku tahu kenapa telefon bimbit ku tiba-tiba buat hal...

Sejak hari itu, untuk buat aku tidak lupa, aku masukkan wang jariah dalam buku kira-kira aku untuk jumlah wang wajib tolak sepertimana duit kereta dan duit hutang PTPTN....

Insyaallah, semoga aku tidak lupa lagi. Semoga aku tidak lalai lagi.

Amin.

***


Janji kita pada ALLAH. Kadang-kadang, kita boleh lupa. Bukan kadang-kadang, mungkin selalu juga. Tapi ALLAH masih sayang kita. DIA tidak biarkan kita. DIA ingatkan kita. DIA sedarkan kita. DIA bukan saja-saja duga kita. DIA nak kita tahu, bahawa DIA ada.. Bahawa DIA Maha Mendengar, Al-Sami'. Bahawa DIA Maha Melihat, Al-Bashir. Dan DIA nak kita rasa kasih-sayangNYA kerana DIA Ar-Rahman dan Ar-Rahim, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. DIA sedarkan kita kerana DIA lah Yang Maha Pengampun, Al-Ghaffar..

Allahu Akhbar...Allahu Akhbar.. Allahu Akhbar..

Friday, February 18, 2011

Pengenalan Iman dan Kehidupan

Niat di hati, aku mahu ceritakan apa yang aku belajar Ahad lepas. Masa tidak mengizinkan aku ntuk membebel panjang lebar. Jika ada masa, aku akan cuba ulas apa yang tok guru aku ajar (kecuali bahasa Arab..Hehe.). Untuk hari ini, aku hanya sampaikan point utamanya..

IMAN & KEHIDUPAN
Tok guru : Ustaz Dr Fauzi H.

Kelas yang pertama, ustaz lebih banyak menerangkan apa itu Aqidah. Tajuk kursus ini sepatutnya ditukar kepada kursus Aqidah dan kursus Lanjutan Aqidah. Katanya, kursus ini di ambil tajuknya dari buku Yusuf Al-Qardawi iaitu Al-Iman Wal Hayyat (Iman dan Kehidupan).

Ustaz huraikan maksud Aqidah.Kaitan Aqidah dengan kehidupan kita sehari-hari.Beliau juga menerangkan peranan khalifah dan bagaimana kita menjadi seorang khalifah.

Pesan Ustaz Fauzi berkaitan Khalifah :

Khalifah ini ertinya seorang pemimpin. Rasulullah adalah seorang khalifah, ketua agama. Kita juga seorang khalifah. Maksudnya apa? Maksudnya, kita ialah peganti tugas nabi. Kita perlu menyambung apa yang nabi lakukan. Pastikan agama ditegakkan dalam kehidupan sehari-hari!


Banyak juga isu-isu semasa yang dikeluarkan dan dibincangkan oleh Ustaz Fauzi.

Banyak persoalan ditimbulkan terutama dari segi soal makrifat (Mengenal Allah swt). Antara persoalan yang ditimbulkan oleh ustaz ialah :

ALLAH itu Khaliq. Khaliq itu ialah Maha Pencipta. Tetapi persoalannya, adakah ALLAH itu Khaliq sebelum adanya manusia dan sebelumnya wujud alam ini?

Dalam erti kata lain, perumpamaannya adalah seperti ini...

1. Pedang. Sifatnya adalah membunuh. Tetapi persoalannya, adakah pedang akan membunuh, jika ia tidak dikeluarkan dari sarungnya? Adakah ia akan menikam perut, jika ia tidak ditusuk?

2. Seorang pelukis. Digelar seorang pelukis. Adakah ketika dia berusia 2 tahun, dia di gelar pelukis? Dia ialah siapa sebelum dia pandai melukis?

SEBELUM ALLAH JADIKAN MANUSIA DAN ALAM INI, SIAPAKAH DIA SEBENARNYA?


Saya tinggalkan dahulu persoalan ini...
 Renung-renungkanlah....

=)

Wednesday, February 16, 2011

Sepetang di Hulu Selangor

Hari ini ialah hari keputeraan baginda Rasulullah s.a.w. Selawat dan salam buat junjungan nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w.


Hari ini juga ialah hari cuti. Aku ambil kesempatan untuk ke daerah Rawang , jalan-jalan di rumah kawan-kawan ku (Hafizie dan Nazirah) dan Zahirah. Mereka semua adalah teman-teman semasa di universiti.


Pukul 12 tengahari, Nurul Zahirah datang ke rumah ku untuk menjemput ku. Kemudian, kami menyusur ke tol Damansara (di belakang rumah ku sahaja) ke arah Ipoh untuk ke Rawang, Selangor. Masa perjalanan kira-kira satu jam. Sebaik sahaja sampai di Rawang, kami menjemput Nazirah. Kemudian, kami ke rumah Hafizie.



Kami ke rumah Hafizie dahulu di Desa Melor. Rumah Hafizie betul-betul masuk ke kawasan hulu. Rumahnya dikelilingi bukit-bukau. Suasana disitu begitu menenangkan!


Sampai sahaja dirumahnya, kami terus makan tengahari. Agak malu sebenarnya. Iyalah, datang rumah orang, terus makan. Tak tolong masak pun. Heee...Apa-apapun, alhamdulillah..dapat makan free..hehe..



Borak-borak sebentar dengan ibu bapa Hafizie, kemudian kami ke kawasan air terjun. Kawasan ini betul-betul terletak di belakang rumah Hafizie.

Kami tidak mandi di sini. Mak Uda Hafizie pesan, musim hujan ini agak bahaya untuk mandi-manda. Katanya, takut ibu air jatuh. Ibu air ini ialah air hasil daripada pengumpulan air hujan. Apabila air banyak berkumpul di puncak bukit, ia boleh melimpah secara tiba-tiba dan akan mengalir dengan sangat deras. Ibu air ini boleh menyebabkan kematian.








Selepas makan aiskrim dan bergambar beberapa minit, kami meninggalkan kawasan tersebut. Kami ke Serendah pula untuk ke Kolam Air Panas Tamu. Serendah ialah kampung Nazirah.

Di Kolam Air Panas Tamu, terdapat dua buah kolam besar dan dua kolam air panas yang kecil. Dua kolam yang kecil ini ialah punca airnya keluar. Buih kelihatan keluar di sebalik batu-batu tanah dan airnya hampir takat didih. Dua kolam yang besar bersuhu 80-90 darjah (Anggaran saya sendiri).




 Sumber mata air panas.






Kami hanya celup-celupkan kaki kami. Airnya sangatlah panas. Aku pula paling bertahan rendamkan kaki selama 10 saat sahaja! Masak!

Aku pelik betul, pakcik cina yang duduk di sebelah ku siap bawa gayung menyiram-nyiram badannya. Sekali sekala, beliau rendamkan seluruh badannya ke dalam kolam tersebut.

"Ika...Celup lah lama-lama..." Teriak teman-temanku...


"Tak nak..PANAS!Melecur kaki ku.."


"Haiyaaaa...You are having psychology problem laa..Its not that hot maaaa!" kata pakcik cina di sebelah ku.



ERKKK?? Kena setepek tak pasal-pasal. Aku dah termalu. Teman-temanku sudah mula gelak besar.

"Today the water is not too hot. Usually i take 10 minutes to get use to it. But today, only a minute, i can get in."

Entahlah. Sampai ke sudah, aku masih tidak bertahan untuk berlama-lamaan merendamkan kaki ke dalam kolam air panas tersebut, apatah lagi untuk rendamkan seluruh badanku.Macam-macam keadaan aku bayangkan, berada kat Antartika lah, berada dalam peti ais lah, berada dalam kawasan berhawa dingin la...Masihhhhh, aku masih rasa kaki ku itu bagai dicucuk-cucuk dengan amat dasyat sekali.


Then how you set your mind wahai pakcik?

Belum sempat mahu bertanya, pakcik tersebut sudah melangkah keluar.

Ah! Mungkin setiap hari dia kemari. Itu sebab beliau tidak rasa begitu panas. Beliau sudah biasa. Saja menyedapkan hati untuk menidakkan aku mengalami masalah psikologi..Haha!

Kolam air panas ini ada pantang larangnya. Orang-orang tua di kawasan ini mengingatkan supaya tidak datang ke kawasan ini pada waktu awal pagi. Ini kerana pada waktu ini, seekor harimau putih atau sesetengahnya mengatakan ular besar akan datang minum di kolam itu untuk mendapatkan tenaga.

Selesai sahaja di Kolam Air Panas Tamu, kami ke rumah Nazirah. Sempat Nazirah tunjukkan kami kawasan-kawasan beliau selalu bermain semasa kecil dan juga sekolah beliau dan Hafizie. Hafizie dan Nazirah sekelas dari darjah 1 hingga 6. Jadi, sepanjang perjalanan menyusuri kampung, aku dan Zahirah dihalwakan dengan cerita-cerita zaman sekolah mereka.

Di rumah Nazirah, kami dihidangkan dengan pisang goreng dan air teh o panas untuk hidangan petang. Dalam pukul 7 petang, kami mula berangkat pulang. 

Hulu Selangor
15 Februari 2011

Tuesday, February 15, 2011

Ziarah Mira di Shah Alam



Atas cadangan suami Kak Ummi, aku bawa Adelina dan Mira ke Medan Selera Seksyen 2, Shah Alam pada hari Sabtu yang lalu. Kami ke Shah Alam untuk ziarah Mira (adik angkat) yang sedang menuntut di UiTM Shah Alam.

Medan selera di sini sangat banyak gerai.Mujur suami Kak Ummi syorkan kami makan di gerai "Fradoo". Disini ada ABC special yang sedap, katanya.

Menu makanan yang kami order ialah..

1) Nasi putih
2) Kailan ikan masin
3) Ikan siakap tiga rasa
4) Sotong goreng (tiada dalam gambar)
5) Tomyam campur
6) Satay


Air pula...
1) Cendol Special (Mira)
2) Lai Chee Kang suam (Adelina)
3) ABC Special (Saya)
4) Jus mangga (Saya!~hahaha...)

Rasa makanan disini, boleh tahan juga sedap. Cuma saya terkilan dengan tomyamnya. Isinya kurang, bawangnya terlebih sudah, rasanya tidak pekat (Mungkin aku sudah biasa makan tomyam asli Siam)...

Harganya? Usah dipertikai rasanya, kerana harganya tidak terlintas langsung di kepala semurah itu...

Jumlah yang di bayar ialah RM67.00++. Bagi aku agak murah kerana kami ada order ikan siakap.


"Jangan lupa, ini ialah kawasan pelajar!" Adelina mengingatkan aku..

"Patutlah!"

Hehehehe. =)

Tuesday, February 8, 2011

Pinjaman Sementara...


Telinga ini aku pinjamkan
Agar kau didengari

Bahu ini aku pinjamkan
Agar kau bersandar rapi

Hati ini aku pinjamkan
Agar kau disayangi

Aku hanya boleh pinjamkan
Kerna aku tidak memiliki

Bandar Utama Damansara
Petaling Jaya
8 Februari 2011
2:00 pagi

Wednesday, January 26, 2011

Jadual Pengajian Semester 1

Masa
8.00am – 10.00am
BS
10.30am - 1.30pm
DK3
2.30pm – 5.30pm
DK3
Tarikh
13/2/2011
Taklimat Semester
Iman & Kehidupan
Mustalah Hadith
20/2/2011
B. Arab I
Usul Tafsir
Iman & Kehidupan
27/2/2011
B. Arab I
Usul Tafsir
Iman & Kehidupan
6/3/2011
B. Arab I
Mustalah Hadith
Usul Tafsir
13/3/2011
B. Arab I
Mustalah Hadith
Iman & Kehidupan
20/3/2011
B. Arab I
Iman & Kehidupan
Usul Tafsir
27/3/2011
B. Arab I
Usul Tafsir
Iman & Kehidupan
3/4/2011
B. Arab I
Usul Tafsir
Mustalah Hadith
10/4/2011
B. Arab I
Mustalah Hadith
Usul Tafsir
17/4/2011
B. Arab I
Mustalah Hadith
Iman & Kehidupan
24/4/2011
B. Arab I
Iman & Kehidupan
Mustalah Hadith
8/5/2011
B. Arab I
Iman & Kehidupan
Usul Tafsir
15/5/2011
B. Arab I
Iman & Kehidupan
Mustalah Hadith
22/5/2011
B. Arab I
Mustalah Hadith
Usul Tafsir
29/5/2011
B. Arab I
Usul Tafsir
Mustalah Hadith



Barisan pensyarah-pensyarah pengajian :


Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Hamat
Kursus : Iman dan Kehidupan


Prof. Madya Dr. Mustaffa Abdullah
Kursus : Usul Tafsir


Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman
Kursus : Mustalah Hadith

Tarikh Peperiksaan:

11 Jun 2011
12 Jun 2011
18 Jun 2011
19 Jun 2011

P/S : Semangat betul sampai google nama-nama pensyarah..Hehe..
My Photo
Siti Zulaikha Kamarudin
View my complete profile
Aku Sang Merpati
Hidupku memerhati
Mengambil intipati
Untuk dibawa mati

 
Raudhah An-Nur© DiseƱado por: Compartidisimo