Strategi sudah dirancang (Alhamdulillah).Blog sudah dibina (Alhamdulillah).Tinggal tunggu gaji masuk sahaja kerana mahu digunakan untuk modal pertama berniaga!hehe.
Sebelum ini, aku pernah berniaga sewaktu aku menganggur.Kecil-kecilan sahaja.Namun begitu, untung agak besar juga kerana produknya bagus.Cuma aku tidak serius, cuba nasib sahaja.Segala wang yang aku peroleh, aku tidak simpan langsung!huhu.Satu kesilapan yang sangat besar.
Sekarang ini, apabila sudah bekerja, baru terasa sakit.Baru rasa keperluan wang itu amat menekan.Ditambah lagi dengan impian hidup mendatang.Semuanya perlukan wang!
Gaji aku di tempat kerja aku sekarang ini, cukup-cukup sahaja.Ada lah sedikit untuk disimpan, tetapi aku rasa masih tidak memadai jika sebulan hanya dapat simpan RM100 atau RM200 sahaja.
Jadi, aku dan rakan baik ku Ed, bernekad untuk berganding bahu mengusahakan sesuatu.Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga ALLAH membuka pintu rezeki, rahmat dan berkatNYA kepada kami berdua seluas-luasnya.Amin!
Tak salah rasanya jika aku kongsikan di sini apa impian aku sebenarnya.Aku betul-betul nekad mahukannya.Aku perlu fokus.
1. Rumah atas nama sendiri
Aku nekad untuk memiliki sebuah.Dan aku rasa tidak mustahil untuk memilikinya dalam masa terdekat ini kerana Skim Rumah Pertamaku sudah diperkenalkan oleh DS Najib di dalam Bajet 2011.Aku harap aku dapat manfaat dari skim ini dan impian aku dipercepatkan!Amin.
2. Bernikah
Haha.Zaman sekarang ni, kalau nak bernikah, perempuan pun kena ada duit.Lain lah kalau bakal suaminya kaya kan.Tapi aku tak harapkan apa-apa.Kenduri nanti (insyaALLAH) aku ingin pakai duit hasil titik peluh ku sendiri.Aku tidak mahu menyusahkan ibu bapa ku.Takkan kenduri sebelah perempuan pun si bakal suami kena tanggung kan..Kasihan!Nak juga kumpul duit untuk buat Umrah bersama suami.Hehe.
3. Nak buka syarikat sendiri
Aku teringin sangat nak ada perniagaan keluarga sendiri.Ketuanya, suamiku, aku sebagai pembantunya.Kemudian, di bawah kami, kami menggaji pekerja.Apabila anak-anak sudah besar, mereka juga terlibat sama dalam pengurusan syarikat.Cuma, jenis perniagaan itu aku belum fikirkan lagi.Tetapi, ada terlintas di hati mahu buka kedai runcit pandu lalu (drive through)!hehe...
Impian ini sebenarnya lahir dari syarikat tempat aku bekerja sekarang.Pengarah atasannya suami isteri.Pengarah sumber manusia pula adik isteri.Dan anak-anak mereka bakal memegang tampuk pengurusan syarikat setelah tamat belajar kelak.Syarikat nampak begitu berkembang maju.Betul-betul memberi inspirasi buat aku.
4. Nak pergi Haji
Hehe...Ini impian terbesar..Pasang niat dahulu.InsyaALLAH, jalan akan dibuka.
Amin...Amin ya rabbal alamin...
Petua Mencuci Hati
-
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk D...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment