topbella

Sunday, February 27, 2011

Tiada Duka Yang Abadi




Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Friday, February 25, 2011

Sedetik Lebih


Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanMu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanMu

Ternyata ku perlukan cinta dari diriMu Sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai Kamu

Kerana Kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya Kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya Kamu

***

Oh Allah, hidupku matiku, hanya untuk-Mu...

Tuesday, February 22, 2011

Kelas Bahasa Arab

Kali terakhir aku belajar bahasa Arab adalah ketika aku darjah 6. Bahasa Arab satu-satunya matapelajaran yang aku GAGAL dalam UPSRA. Huhuhu. Subjek hafal menghafal ni, aku agak lemah.

Sekarang umur hampir menginjak ke 25 tahun, baru terasa untuk belajar kembali dan menguasai bahasa Arab. Mujur pengajian diploma yang aku ambil ini ada tawarkan kursus bahasa Arab.

Kelas bahasa Arab aku dikendalikan oleh Dr. Nordin, pensyarah dari UIA. Segak orangnya. Hehehe...

Untuk kelas bahasa Arab, kami dipecahkan kepada 5 kumpulan. Kelas bahasa ini, pelajar pengajian Usuluddin dan pelajar pengajian Syariah dicampurkan.

Aku agak selesa sikit dalam kelas bahasa Arab kerana bilangan perempuan agak ramai jika dibandingkan dengan kelas kuliah Usuluddin. Pelajar perempuan pengajian Usuluddin hanya seramai 9 orang sahaja manakala pelajar lelaki Usuluddin lebih dari 60 orang.

Dr. Nordin pada awal lagi mengingatkan kami bahawa kursus yang ditawarkan dalam pengajian diploma ini fokusnya hanyalah untuk pembacaan. Selesai 3 tahun pengajian, beliau jamin kami boleh membaca tanpa baris. Tetapi, untuk bahasa Arab komunikasi, beliau cadangkan kami mengambil kelas tambahan kerana caranya lain dari pembacaan.

Pada kelas pertama, kami sudah mula belajar kata ganti diri. Dr. Nordin juga ajar kami cara menyebut.

"Man anta / anti?"


Siapa tahu, sila jawab! Hehehe =)

Monday, February 21, 2011

Kerana RM10, RM400 Melayang....SYUKUR!

Diingatkan bahawa entri ini dibuat bukan bertujuan untuk riak, tetapi untuk ingatan diri sendiri dan juga ingatan bagi sesiapa yang membacanya.

***

"Raudhah, boss nak jumpa di Conference Room.."


"Baik!"


Di Conference Room,

"Raudhah, here is your first salary. You may now go to the bank and cash out the cheque. Its a big amount. Be careful!"

Senang betul hari ini. Aku terima gaji pertama. Setelah 6 bulan aku menganggur, ini gaji pertama aku. Hasil titik peluh aku sendiri 100%. Alhamdulillah, syukur tak terhingga!

Dalam kepala, sudah berlegar-legar apa yang hendak dibuat untuk duit itu. Yang pasti, aku perlu ketepikan RM600 untuk bayar ansuran kereta dan RM100 untuk bayar hutang PTPTN.

Tiba- tiba, aku teringat akan nazarku. Nazarku sebelum aku melangkah ke bilik temuduga. Ya, janjiku pada ALLAH!

Aku bernazar untuk salurkan paling minimum RM10 sebulan kepada mana-mana pihak yang memerlukan jika aku mendapat pekerjaan itu (Pekerjaan sekarang).

Gaji pertama...Alhamdulillah, aku laksanakannya.

Gaji kedua, ketiga dan keempat...Alhamdulillah...

Bulan kelima...Tak semena-mena telefon bimbit ku rosak. Aku sangat kalut kerana telefon tersebut hadiah pemberian ayahku. Aku tak sampai hati mahu beli yang baru kerana aku tahu hadiah tesebut bukannya murah dan sentimental value sangatlah tinggi.Aku nekad untuk membaikinya.

Aku ke Pertama Kompleks. Lebih dari 20 buah kedai, aku tanyakan harga baik-pulih. Semuanya mengatakan harga baik pulih adalah RM400! Berpeluh juga aku dibuatnya.

Bila difikir-fikir balik, apalah sangat dengan harga RM400 itu, jika mahu dibandingkan dengan harga yang ayahku bayar dan lagi, aku sendiri yang merosakkannya. Aku tutup saja pintu mata hati saat melepaskan wang RM400 ke tangan si tukang baiki.

Saat pulang dari Pertama Kompleks, aku terserempak dengan budak-budak tahfiz yang menjual kismis untuk mengumpulkan dana. Di Masjid Jamek pula, aku bertembung dengan Si Buta yang sedang menjual tisu dan Si Copang-camping yang hanya duduk menanti orang mencampakkan syiling dala cawannya. Saat itu, SUBHANALLAH..Aku baru ingat akan janjiku pada ALLAH yang tak tertunai!

Ya, pada bulan kelima, aku tidak salurkan pun hatta RM10 sekalipun kepada sesiapa. Aku sangat ingat aku tidak lakukannya kerana duit gaji aku (setelah tolak duit kereta dan duit hutang PTPTN), habis aku laburkan untuk buat modal perniagaan baru ku.

MASYAALLAH, aku betul-betul malu. Aku sangat malu. Baru aku tahu kenapa telefon bimbit ku tiba-tiba buat hal...

Sejak hari itu, untuk buat aku tidak lupa, aku masukkan wang jariah dalam buku kira-kira aku untuk jumlah wang wajib tolak sepertimana duit kereta dan duit hutang PTPTN....

Insyaallah, semoga aku tidak lupa lagi. Semoga aku tidak lalai lagi.

Amin.

***


Janji kita pada ALLAH. Kadang-kadang, kita boleh lupa. Bukan kadang-kadang, mungkin selalu juga. Tapi ALLAH masih sayang kita. DIA tidak biarkan kita. DIA ingatkan kita. DIA sedarkan kita. DIA bukan saja-saja duga kita. DIA nak kita tahu, bahawa DIA ada.. Bahawa DIA Maha Mendengar, Al-Sami'. Bahawa DIA Maha Melihat, Al-Bashir. Dan DIA nak kita rasa kasih-sayangNYA kerana DIA Ar-Rahman dan Ar-Rahim, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. DIA sedarkan kita kerana DIA lah Yang Maha Pengampun, Al-Ghaffar..

Allahu Akhbar...Allahu Akhbar.. Allahu Akhbar..

Friday, February 18, 2011

Pengenalan Iman dan Kehidupan

Niat di hati, aku mahu ceritakan apa yang aku belajar Ahad lepas. Masa tidak mengizinkan aku ntuk membebel panjang lebar. Jika ada masa, aku akan cuba ulas apa yang tok guru aku ajar (kecuali bahasa Arab..Hehe.). Untuk hari ini, aku hanya sampaikan point utamanya..

IMAN & KEHIDUPAN
Tok guru : Ustaz Dr Fauzi H.

Kelas yang pertama, ustaz lebih banyak menerangkan apa itu Aqidah. Tajuk kursus ini sepatutnya ditukar kepada kursus Aqidah dan kursus Lanjutan Aqidah. Katanya, kursus ini di ambil tajuknya dari buku Yusuf Al-Qardawi iaitu Al-Iman Wal Hayyat (Iman dan Kehidupan).

Ustaz huraikan maksud Aqidah.Kaitan Aqidah dengan kehidupan kita sehari-hari.Beliau juga menerangkan peranan khalifah dan bagaimana kita menjadi seorang khalifah.

Pesan Ustaz Fauzi berkaitan Khalifah :

Khalifah ini ertinya seorang pemimpin. Rasulullah adalah seorang khalifah, ketua agama. Kita juga seorang khalifah. Maksudnya apa? Maksudnya, kita ialah peganti tugas nabi. Kita perlu menyambung apa yang nabi lakukan. Pastikan agama ditegakkan dalam kehidupan sehari-hari!


Banyak juga isu-isu semasa yang dikeluarkan dan dibincangkan oleh Ustaz Fauzi.

Banyak persoalan ditimbulkan terutama dari segi soal makrifat (Mengenal Allah swt). Antara persoalan yang ditimbulkan oleh ustaz ialah :

ALLAH itu Khaliq. Khaliq itu ialah Maha Pencipta. Tetapi persoalannya, adakah ALLAH itu Khaliq sebelum adanya manusia dan sebelumnya wujud alam ini?

Dalam erti kata lain, perumpamaannya adalah seperti ini...

1. Pedang. Sifatnya adalah membunuh. Tetapi persoalannya, adakah pedang akan membunuh, jika ia tidak dikeluarkan dari sarungnya? Adakah ia akan menikam perut, jika ia tidak ditusuk?

2. Seorang pelukis. Digelar seorang pelukis. Adakah ketika dia berusia 2 tahun, dia di gelar pelukis? Dia ialah siapa sebelum dia pandai melukis?

SEBELUM ALLAH JADIKAN MANUSIA DAN ALAM INI, SIAPAKAH DIA SEBENARNYA?


Saya tinggalkan dahulu persoalan ini...
 Renung-renungkanlah....

=)

Wednesday, February 16, 2011

Sepetang di Hulu Selangor

Hari ini ialah hari keputeraan baginda Rasulullah s.a.w. Selawat dan salam buat junjungan nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w.


Hari ini juga ialah hari cuti. Aku ambil kesempatan untuk ke daerah Rawang , jalan-jalan di rumah kawan-kawan ku (Hafizie dan Nazirah) dan Zahirah. Mereka semua adalah teman-teman semasa di universiti.


Pukul 12 tengahari, Nurul Zahirah datang ke rumah ku untuk menjemput ku. Kemudian, kami menyusur ke tol Damansara (di belakang rumah ku sahaja) ke arah Ipoh untuk ke Rawang, Selangor. Masa perjalanan kira-kira satu jam. Sebaik sahaja sampai di Rawang, kami menjemput Nazirah. Kemudian, kami ke rumah Hafizie.



Kami ke rumah Hafizie dahulu di Desa Melor. Rumah Hafizie betul-betul masuk ke kawasan hulu. Rumahnya dikelilingi bukit-bukau. Suasana disitu begitu menenangkan!


Sampai sahaja dirumahnya, kami terus makan tengahari. Agak malu sebenarnya. Iyalah, datang rumah orang, terus makan. Tak tolong masak pun. Heee...Apa-apapun, alhamdulillah..dapat makan free..hehe..



Borak-borak sebentar dengan ibu bapa Hafizie, kemudian kami ke kawasan air terjun. Kawasan ini betul-betul terletak di belakang rumah Hafizie.

Kami tidak mandi di sini. Mak Uda Hafizie pesan, musim hujan ini agak bahaya untuk mandi-manda. Katanya, takut ibu air jatuh. Ibu air ini ialah air hasil daripada pengumpulan air hujan. Apabila air banyak berkumpul di puncak bukit, ia boleh melimpah secara tiba-tiba dan akan mengalir dengan sangat deras. Ibu air ini boleh menyebabkan kematian.








Selepas makan aiskrim dan bergambar beberapa minit, kami meninggalkan kawasan tersebut. Kami ke Serendah pula untuk ke Kolam Air Panas Tamu. Serendah ialah kampung Nazirah.

Di Kolam Air Panas Tamu, terdapat dua buah kolam besar dan dua kolam air panas yang kecil. Dua kolam yang kecil ini ialah punca airnya keluar. Buih kelihatan keluar di sebalik batu-batu tanah dan airnya hampir takat didih. Dua kolam yang besar bersuhu 80-90 darjah (Anggaran saya sendiri).




 Sumber mata air panas.






Kami hanya celup-celupkan kaki kami. Airnya sangatlah panas. Aku pula paling bertahan rendamkan kaki selama 10 saat sahaja! Masak!

Aku pelik betul, pakcik cina yang duduk di sebelah ku siap bawa gayung menyiram-nyiram badannya. Sekali sekala, beliau rendamkan seluruh badannya ke dalam kolam tersebut.

"Ika...Celup lah lama-lama..." Teriak teman-temanku...


"Tak nak..PANAS!Melecur kaki ku.."


"Haiyaaaa...You are having psychology problem laa..Its not that hot maaaa!" kata pakcik cina di sebelah ku.



ERKKK?? Kena setepek tak pasal-pasal. Aku dah termalu. Teman-temanku sudah mula gelak besar.

"Today the water is not too hot. Usually i take 10 minutes to get use to it. But today, only a minute, i can get in."

Entahlah. Sampai ke sudah, aku masih tidak bertahan untuk berlama-lamaan merendamkan kaki ke dalam kolam air panas tersebut, apatah lagi untuk rendamkan seluruh badanku.Macam-macam keadaan aku bayangkan, berada kat Antartika lah, berada dalam peti ais lah, berada dalam kawasan berhawa dingin la...Masihhhhh, aku masih rasa kaki ku itu bagai dicucuk-cucuk dengan amat dasyat sekali.


Then how you set your mind wahai pakcik?

Belum sempat mahu bertanya, pakcik tersebut sudah melangkah keluar.

Ah! Mungkin setiap hari dia kemari. Itu sebab beliau tidak rasa begitu panas. Beliau sudah biasa. Saja menyedapkan hati untuk menidakkan aku mengalami masalah psikologi..Haha!

Kolam air panas ini ada pantang larangnya. Orang-orang tua di kawasan ini mengingatkan supaya tidak datang ke kawasan ini pada waktu awal pagi. Ini kerana pada waktu ini, seekor harimau putih atau sesetengahnya mengatakan ular besar akan datang minum di kolam itu untuk mendapatkan tenaga.

Selesai sahaja di Kolam Air Panas Tamu, kami ke rumah Nazirah. Sempat Nazirah tunjukkan kami kawasan-kawasan beliau selalu bermain semasa kecil dan juga sekolah beliau dan Hafizie. Hafizie dan Nazirah sekelas dari darjah 1 hingga 6. Jadi, sepanjang perjalanan menyusuri kampung, aku dan Zahirah dihalwakan dengan cerita-cerita zaman sekolah mereka.

Di rumah Nazirah, kami dihidangkan dengan pisang goreng dan air teh o panas untuk hidangan petang. Dalam pukul 7 petang, kami mula berangkat pulang. 

Hulu Selangor
15 Februari 2011

Tuesday, February 15, 2011

Ziarah Mira di Shah Alam



Atas cadangan suami Kak Ummi, aku bawa Adelina dan Mira ke Medan Selera Seksyen 2, Shah Alam pada hari Sabtu yang lalu. Kami ke Shah Alam untuk ziarah Mira (adik angkat) yang sedang menuntut di UiTM Shah Alam.

Medan selera di sini sangat banyak gerai.Mujur suami Kak Ummi syorkan kami makan di gerai "Fradoo". Disini ada ABC special yang sedap, katanya.

Menu makanan yang kami order ialah..

1) Nasi putih
2) Kailan ikan masin
3) Ikan siakap tiga rasa
4) Sotong goreng (tiada dalam gambar)
5) Tomyam campur
6) Satay


Air pula...
1) Cendol Special (Mira)
2) Lai Chee Kang suam (Adelina)
3) ABC Special (Saya)
4) Jus mangga (Saya!~hahaha...)

Rasa makanan disini, boleh tahan juga sedap. Cuma saya terkilan dengan tomyamnya. Isinya kurang, bawangnya terlebih sudah, rasanya tidak pekat (Mungkin aku sudah biasa makan tomyam asli Siam)...

Harganya? Usah dipertikai rasanya, kerana harganya tidak terlintas langsung di kepala semurah itu...

Jumlah yang di bayar ialah RM67.00++. Bagi aku agak murah kerana kami ada order ikan siakap.


"Jangan lupa, ini ialah kawasan pelajar!" Adelina mengingatkan aku..

"Patutlah!"

Hehehehe. =)

Tuesday, February 8, 2011

Pinjaman Sementara...


Telinga ini aku pinjamkan
Agar kau didengari

Bahu ini aku pinjamkan
Agar kau bersandar rapi

Hati ini aku pinjamkan
Agar kau disayangi

Aku hanya boleh pinjamkan
Kerna aku tidak memiliki

Bandar Utama Damansara
Petaling Jaya
8 Februari 2011
2:00 pagi
My Photo
Siti Zulaikha Kamarudin
View my complete profile
Aku Sang Merpati
Hidupku memerhati
Mengambil intipati
Untuk dibawa mati

 
Raudhah An-Nur© DiseƱado por: Compartidisimo