topbella

Wednesday, February 16, 2011

Sepetang di Hulu Selangor

Hari ini ialah hari keputeraan baginda Rasulullah s.a.w. Selawat dan salam buat junjungan nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w.


Hari ini juga ialah hari cuti. Aku ambil kesempatan untuk ke daerah Rawang , jalan-jalan di rumah kawan-kawan ku (Hafizie dan Nazirah) dan Zahirah. Mereka semua adalah teman-teman semasa di universiti.


Pukul 12 tengahari, Nurul Zahirah datang ke rumah ku untuk menjemput ku. Kemudian, kami menyusur ke tol Damansara (di belakang rumah ku sahaja) ke arah Ipoh untuk ke Rawang, Selangor. Masa perjalanan kira-kira satu jam. Sebaik sahaja sampai di Rawang, kami menjemput Nazirah. Kemudian, kami ke rumah Hafizie.



Kami ke rumah Hafizie dahulu di Desa Melor. Rumah Hafizie betul-betul masuk ke kawasan hulu. Rumahnya dikelilingi bukit-bukau. Suasana disitu begitu menenangkan!


Sampai sahaja dirumahnya, kami terus makan tengahari. Agak malu sebenarnya. Iyalah, datang rumah orang, terus makan. Tak tolong masak pun. Heee...Apa-apapun, alhamdulillah..dapat makan free..hehe..



Borak-borak sebentar dengan ibu bapa Hafizie, kemudian kami ke kawasan air terjun. Kawasan ini betul-betul terletak di belakang rumah Hafizie.

Kami tidak mandi di sini. Mak Uda Hafizie pesan, musim hujan ini agak bahaya untuk mandi-manda. Katanya, takut ibu air jatuh. Ibu air ini ialah air hasil daripada pengumpulan air hujan. Apabila air banyak berkumpul di puncak bukit, ia boleh melimpah secara tiba-tiba dan akan mengalir dengan sangat deras. Ibu air ini boleh menyebabkan kematian.








Selepas makan aiskrim dan bergambar beberapa minit, kami meninggalkan kawasan tersebut. Kami ke Serendah pula untuk ke Kolam Air Panas Tamu. Serendah ialah kampung Nazirah.

Di Kolam Air Panas Tamu, terdapat dua buah kolam besar dan dua kolam air panas yang kecil. Dua kolam yang kecil ini ialah punca airnya keluar. Buih kelihatan keluar di sebalik batu-batu tanah dan airnya hampir takat didih. Dua kolam yang besar bersuhu 80-90 darjah (Anggaran saya sendiri).




 Sumber mata air panas.






Kami hanya celup-celupkan kaki kami. Airnya sangatlah panas. Aku pula paling bertahan rendamkan kaki selama 10 saat sahaja! Masak!

Aku pelik betul, pakcik cina yang duduk di sebelah ku siap bawa gayung menyiram-nyiram badannya. Sekali sekala, beliau rendamkan seluruh badannya ke dalam kolam tersebut.

"Ika...Celup lah lama-lama..." Teriak teman-temanku...


"Tak nak..PANAS!Melecur kaki ku.."


"Haiyaaaa...You are having psychology problem laa..Its not that hot maaaa!" kata pakcik cina di sebelah ku.



ERKKK?? Kena setepek tak pasal-pasal. Aku dah termalu. Teman-temanku sudah mula gelak besar.

"Today the water is not too hot. Usually i take 10 minutes to get use to it. But today, only a minute, i can get in."

Entahlah. Sampai ke sudah, aku masih tidak bertahan untuk berlama-lamaan merendamkan kaki ke dalam kolam air panas tersebut, apatah lagi untuk rendamkan seluruh badanku.Macam-macam keadaan aku bayangkan, berada kat Antartika lah, berada dalam peti ais lah, berada dalam kawasan berhawa dingin la...Masihhhhh, aku masih rasa kaki ku itu bagai dicucuk-cucuk dengan amat dasyat sekali.


Then how you set your mind wahai pakcik?

Belum sempat mahu bertanya, pakcik tersebut sudah melangkah keluar.

Ah! Mungkin setiap hari dia kemari. Itu sebab beliau tidak rasa begitu panas. Beliau sudah biasa. Saja menyedapkan hati untuk menidakkan aku mengalami masalah psikologi..Haha!

Kolam air panas ini ada pantang larangnya. Orang-orang tua di kawasan ini mengingatkan supaya tidak datang ke kawasan ini pada waktu awal pagi. Ini kerana pada waktu ini, seekor harimau putih atau sesetengahnya mengatakan ular besar akan datang minum di kolam itu untuk mendapatkan tenaga.

Selesai sahaja di Kolam Air Panas Tamu, kami ke rumah Nazirah. Sempat Nazirah tunjukkan kami kawasan-kawasan beliau selalu bermain semasa kecil dan juga sekolah beliau dan Hafizie. Hafizie dan Nazirah sekelas dari darjah 1 hingga 6. Jadi, sepanjang perjalanan menyusuri kampung, aku dan Zahirah dihalwakan dengan cerita-cerita zaman sekolah mereka.

Di rumah Nazirah, kami dihidangkan dengan pisang goreng dan air teh o panas untuk hidangan petang. Dalam pukul 7 petang, kami mula berangkat pulang. 

Hulu Selangor
15 Februari 2011

0 comments:

My Photo
Siti Zulaikha Kamarudin
View my complete profile
Aku Sang Merpati
Hidupku memerhati
Mengambil intipati
Untuk dibawa mati

 
Raudhah An-Nur© DiseƱado por: Compartidisimo