topbella

Tuesday, February 22, 2011

Kelas Bahasa Arab

Kali terakhir aku belajar bahasa Arab adalah ketika aku darjah 6. Bahasa Arab satu-satunya matapelajaran yang aku GAGAL dalam UPSRA. Huhuhu. Subjek hafal menghafal ni, aku agak lemah.

Sekarang umur hampir menginjak ke 25 tahun, baru terasa untuk belajar kembali dan menguasai bahasa Arab. Mujur pengajian diploma yang aku ambil ini ada tawarkan kursus bahasa Arab.

Kelas bahasa Arab aku dikendalikan oleh Dr. Nordin, pensyarah dari UIA. Segak orangnya. Hehehe...

Untuk kelas bahasa Arab, kami dipecahkan kepada 5 kumpulan. Kelas bahasa ini, pelajar pengajian Usuluddin dan pelajar pengajian Syariah dicampurkan.

Aku agak selesa sikit dalam kelas bahasa Arab kerana bilangan perempuan agak ramai jika dibandingkan dengan kelas kuliah Usuluddin. Pelajar perempuan pengajian Usuluddin hanya seramai 9 orang sahaja manakala pelajar lelaki Usuluddin lebih dari 60 orang.

Dr. Nordin pada awal lagi mengingatkan kami bahawa kursus yang ditawarkan dalam pengajian diploma ini fokusnya hanyalah untuk pembacaan. Selesai 3 tahun pengajian, beliau jamin kami boleh membaca tanpa baris. Tetapi, untuk bahasa Arab komunikasi, beliau cadangkan kami mengambil kelas tambahan kerana caranya lain dari pembacaan.

Pada kelas pertama, kami sudah mula belajar kata ganti diri. Dr. Nordin juga ajar kami cara menyebut.

"Man anta / anti?"


Siapa tahu, sila jawab! Hehehe =)

0 comments:

My Photo
Siti Zulaikha Kamarudin
View my complete profile
Aku Sang Merpati
Hidupku memerhati
Mengambil intipati
Untuk dibawa mati

 
Raudhah An-Nur© DiseƱado por: Compartidisimo