topbella

Sunday, January 2, 2011

Berehat??Hanya di kubur sahaja...

Merujuk kepada tajuk di atas....

Kata-kata itu buat aku terbuka hati untuk sambung belajar...
Kata-kata itu buat aku menguat langkah menghantar borang permohonan sambung belajar..
Kata-kata itu buat aku kerja sekeras-kerasnya untuk kumpul dana belajar...
Kata-kata itu buat aku berani berhadapan dengan majikanku untuk meminta beliau mengeluarkan surat kebenaran kerja sambil belajar untuk diajukan kepada pihak universiti...

Kata-kata itu begitu terkesan di hati aku....

Ceritanya...

Al-kisah seorang sahabat yang aku tidak tahu asal-usulnya.Kami merancang untuk berjumpa..Ada sesuatu yang kami perlu selesaikan....

SMS nya berbunyi lebih kurang begini...

"Pagi Sabtu saya ada aktiviti sehingga ke petang.Saya hanya free pada sebelah malam.Ahad pula saya ada aktiviti sekian-sekian-sekian.Jika aktiviti Sabtu habis awal, saya akan maklum pada kamu."

Aku pula balas...

"Jangan begitu...Kamu pasti penat..Berehat sahaja..Lain kali kita jumpa, insyaallah..."

Dan ini pula rangkapnya yang buat aku terkedu..
Lebih kurang begini...

"Jangan bicara soal rehat.Saya mahu rehat di kubur sahaja."

Aku juga ingin ikut jejak langkah beliau...Rehat di kubur sahaja!~

Terima kasih sahabat jauh.

0 comments:

My Photo
Siti Zulaikha Kamarudin
View my complete profile
Aku Sang Merpati
Hidupku memerhati
Mengambil intipati
Untuk dibawa mati

 
Raudhah An-Nur© DiseƱado por: Compartidisimo