topbella

Wednesday, January 26, 2011

Kembali Ke Dewan Kuliah...

Sebelum itu, cuma nak catat..Permohonan aku untuk editor sambilan di PTS tidak berjaya..Hehe..Tidak mengapa...Pasti ada rezeki yang lain, insyaallah..

Penantian aku untuk surat tawaran belajar telah berakhir. Semalam surat tawaran dari UM telah sampai. Aku diterima untuk mengikuti pengajian diploma eksekutif dalam pengajian Usuluddin..Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Kelas akan bermula pada 13 Februari 2011. Aku betul-betul tidak sabar untuk masuk kembali ke dewan kuliah!

Ramai yang tertanya-tanya, kenapa aku ambil pengajian Usuluddin? Takde bidang lain ke? Nanti nak kerja apa?

Huhh...Aku mohon untuk ikuti pengajian ini bukan kerana untuk tukar bidang kerjaya aku, tetapi aku nekad untuk mendalami ilmu agama islam. Ilmu aku mengenai agama terlalu cetek!

Aku teringin mahu mendalami Al-Quran. Aku ingin seorang guru menerangkan secara mendalam akan maksud ayat-ayat Al-Quran. Memang hari-hari kita boleh baca tafsir sahaja, tetapi berguru itu lebih elok. Pengetahuan kita dapat berkembang. Pemikiran kita tidak bertumpu.

'Guru' nya pula bukan sebarangan orang di UM. Jadi, adalah lebih baik aku belajar di UM dari aku ambil kelas lompat-lompat di surau atau masjid. Maksud aku kelas lompat-lompat di sini ialah kelasnya bukan pada satu-satu masa, tetapi harinya lain-lain..Lain kelas, lain subjeknya dan lain harinya.Jadi, aku perlu peruntukkan masa yang agak banyak. Di UM, kelas hanya pada hari Ahad sahaja, dari pagi hingga ke petang. Oleh itu, hari lain tidak akan mengganggu aku. Pengajian di UM juga ada peperiksaan dan kertas kerja.Secara tidak langsung, aku akan jadikannya satu pembelajaran yang serius.

Aku belajar untuk santapan ilmu diri aku sendiri. Bukan kerana yang lain. Hanya kerana ALLAH swt...

Berikut adalah senarai matapelajaran yang akan aku belajar dalam tempoh 3 tahun ini..

SEMESTER I
Iman dan Kehidupan
 2 kredit
Usul Tafsir      
 2 kredit
Mustalah Hadith 
 2 kredit
Bahasa Arab I
 2 kredit
                           Jumlah
 8 kredit

 
SEMESTER II
Iktibar Sejarah Rasul  
 2 kredit
Aliran Pemikiran Moden
 2 kredit
Tafsir Mawdu’i
 2 kredit
Bahasa Arab II
 2 kredit
                           Jumlah
 8 kredit

 
SEMESTER III
Hadith Mawdu’i
 2 kredit
Pengajian Teks al-Quran
 2 kredit
Pengajian Teks al-Hadith
 2 kredit
Bahasa Arab III    
 2 kredit
                           Jumlah
 8 kredit


SEMESTER IV
Fiqh Sunnah I
 2 kredit
Pendidikan Keluarga
 2 kredit
Institusi Pemerintahan Dalam Islam
 2 kredit
Bahasa Arab IV 
 2 kredit
                           Jumlah
 8 kredit


SEMESTER V
Fiqh Sunnah II
 2 kredit
Pembangunan Insan
 2 kredit
Kemahiran Berpidato
 2 kredit
Bahasa Arab V
 2 kredit
Jumlah
 8 kredit

   
SEMESTER VI
Kaedah Penulisan
 2 kredit
Pendidikan Akhlak
 2 kredit
Akidah
 2 kredit
Bahasa Arab VI 
 2 kredit
             Jumlah
 8 kredit


 
KURSUS AMALI
 
Semester V 
Kemahiran Hafalan al-Quran  
3 kredit

 
Semester VI 
Praktikal Ibadat 
3 kredit

 

Jika dilihat dari semua matapelajaran tersebut, ia merangkumi semua aspek dalam agama. Cukup lengkap!

Ya Rahman Ya Rahim,
Berkatilah usaha aku dalam menuntut ilmuMU ini...
Permudahkanlah aku dalam menerima ilmuMU ini..
Amin amin ya rabbal alamin...

1 comments:

jaz said...

menarik! good luck dear! =)

My Photo
Siti Zulaikha Kamarudin
View my complete profile
Aku Sang Merpati
Hidupku memerhati
Mengambil intipati
Untuk dibawa mati

 
Raudhah An-Nur© DiseƱado por: Compartidisimo