topbella

Thursday, January 6, 2011

Kisah di Dapur...

Musim sekolah telah bermula.Dua orang adik perempuan ku masing-masing telah pulang ke Johor Bahru.Mereka bersekolah asrama.

Adik bongsu ku (perempuan juga) pula baru memasuki tingkatan satu.Kebetulan pula ditempatkan satu sekolah dengan dua orang kakaknya.

Makanya, disini aku ingin katakan bahawa, hanya aku yang tinggal menemani mama dan ayahku...Hehe..

Tanggungjawab baru??Apa dia ya?Hehe...

Oleh kerana sekarang ini tinggal bertiga,maka mama menyerahkan tanggungjawab memasaknya kepada ku.Aku rasa ini satu tanggungjawab yang agak berat.Ini kerana ayah ku cerewet orangnya...

Aku menerima tanggungjawab ini dengan rela hati.Cuma aku minta satu, jangan dikacau atau ditegur ketika aku masak.Jika mahu tegur, biarlah selepas selesai kesemuanya.Kenapa ya?

Hehehe...Aku tidak tahu lah bagaimana dengan orang lain.Tapi bagi aku, sekali mood aku lari, maka masakan aku pasti tidak jadi.Oleh itu, jangan di ganggu!Kikiki....

Aku senang masak bersendirian.Aku senang hati jika Si Iron Chef (Mamaku!) tidak berada di dapur.Pasti, ada sahaja yang tidak kena.Al-maklumlah, aku suka jalan mudah.Mamaku pula agak teliti.Mana tak masakannya sungguh nikmat?Hehe..

Jika adik-adik ku ada, pasti mereka berada di samping ku untuk membantu.Sambil masak, sambil bercerita, nikmat sungguh hidup berkeluarga...

Aku lebih suka masak masakan western.Bagi aku, ia agak mudah jika dibandingkan dengan masakan Melayu.Masakan Melayu agak rumit dan leceh.Apapun, aku perlu belajar supaya nanti aku dapat pelbagaikan masakan.Kemudahan internet sekarang ini pun sangat membantu.Aku tidak perlu lagi ke kedai buku untuk respi atau menyalinnya ketika program masakan di kaca tv.

Ini antara masakan aku yang sempat aku rakamkan...


Lauk ini dimasak untuk dinner tadi ...


Sambal sotong, kacang buncis goreng dan telur dadar..


Ikan dowry panggang dengan sos putih..Di makan bersama kentang goreng (wedges)...


Ikan dowry ketika di panggang...Ikan tidak diperap dengan apa-apa..Hanya dipanggang dengan minyak zaitun..Sedapp..

0 comments:

My Photo
Siti Zulaikha Kamarudin
View my complete profile
Aku Sang Merpati
Hidupku memerhati
Mengambil intipati
Untuk dibawa mati

 
Raudhah An-Nur© DiseƱado por: Compartidisimo