1. Bisnes
Pada tahun ini aku masih berniaga.Tetapi bukannya berniaga produk sendiri.Aku ada perancangan untuk berniaga produk sendiri, tetapi bukan untuk tahun ini.Aku perlukan modal yang besar.
2. Pekerjaan
Aku bekerja di sektor swasta.Jadi, aku harap pada tahun ini aku diberi peluang untuk masuk ke sektor kerajaan.
3. Belajar
Aku rancang untuk mengikuti kursus Diploma Eksekutif dalam bidang pengajian Usuluddin di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.Borang permohonan telah aku hantar pada bulan lepas.Kelas akan bermula pada bulan Februari ini.Aku berharap sangat agar aku diberi peluang untuk belajar.Kursus ini adalah untuk diri aku sendiri.Aku ingin menambah ilmu pengetahuan aku dalam bidang agama islam.Kelas hanya ada pada hari Ahad.Bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 petang.
4. Kurus
Hahahaha....Setiap tahun, inilah azamku..Ingin capai berat badan ideal...Tapi, sampai sekarang tak kurus-kurus juga...Apalah!
Apa-apapun, hari ini aku sudah mula mengawal makan.Insyaallah, hujung minggu depan aku akan mula berjoging.
Petua Mencuci Hati
-
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk D...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment