topbella

Sunday, January 16, 2011

Pelik sangat ke lone-ranger?

Semalam selepas pulang dari tempat kerja, aku berjalan-jalan ke Amcorpmall.Saja mahu mencuci mata.Lagipun, aku suka suasana disana.Terutama sekali di bahagian tingkat bawah sekali (LG).

Di bahagian LG, terdapat banyak booth orang menjual barang-barang lama (Barang antik dan barang second hand) termasuk buku dan majalah lama.Buku lama dan majalah lama boleh didapati dengan harga yang murah.Tetapi barang antik lain ada yang boleh mencecah sehingga ribuan ringgit.

Jika aku ke Amcorpmall, tidak sah jika aku tidak singgah makan di restoran Rakthai.Restoran ini terletak di bahagian LG juga.Aku suka duduk di bahagian luar kerana aku boleh melihat gelagat orang berjual beli barang lama.Suasana ini...Hmm, entahlah.Aku tidak tahu bagaimana hendak menerangkannya tetapi aku dapat rasakan pemandangan ini boleh jadi satu terapi buat diri aku.

Oh ya..Lupa pula...Disini juga banyak peniaga yang menjual piring hitam.Aku ada ternampak piring hitam milik Sharifah Aini dan Sudirman.Aku teringin mahu memiliki satu, tetapi dimana harus aku memainkannya?Aku bukannya ada alat untuk memusingkan piring hitam itu.(Aku tidak tahu apa namanya!huhuhu)..Piring hitam tersebut tidak terlalu mahal...Hanya belasan ringgit.

Aku juga ada membelek buku lama.Kebanyakkannya adalah buku berbahasa inggeris.Aku tidak tahu mengapa sekarang aku lebih kepada buku berbahasa melayu.Aku seolah-olah tiada nafsu untuk membaca buku berbahasa inggeris.Waktu sekolah dulu, aku gila buku inggeris.Buku siri penyiasatan menjadi kegemaranku.Ala-ala CSI.Terminologinya sangat unpredictable.Itu yang membuat aku khayal di dunia penyiasatan!Aku juga suka buku Enid Blyton.Pernah membuat koleksi buku tersebut.Sayangnya, aku sudah tidak simpan.Ada yang hilang (kawan suka pinjam) dan ada yang sudah disedekahkan.

Di restoran Rakthai, aku hanya makan meehun tomyamnya.Aku tidak pernah rasa masakannya yang lain.Rasa tomyam di Rakthai sangat dasyat.Sedapnya, masyaallah, aku sendiri tidak boleh membayangkannya.Disitulah tomyam yang paling sedap yang aku pernah rasa.Harganya tidak lah mahal.Hanya RM6.90 semangkuk.Tiada cukai, tiada caj perkhidmatan!!Betul!!Rakthai ini dimiliki sepenuhnya oleh warganegara Thailand.Semua pekerjanya adalah orang siam, dari dapur sehinggalah kepada pelayannya.Alhamdulillah, sijil halal ada terpampang di hadapan kedai dan kedai ini diiktiraf sebagai kedai gred A.Jadi, dari segi halalan toyyiba, tiada kemusykilan lagi..InsyaALLAH..

Selepas perut telah diisi, menjadi kebiasaan aku untuk meronda di bahagian ruang legar LG.Aku sengaja mencari satu benda pelik yang boleh aku beli.Tetapi hari semalam, aku tidak ketemukannya.Jadi, aku teruskan langkah ke BookExcess.

Cuci mata lagi di BookExcess.Sengaja meng'update'kan diri aku akan buku apa yang baru dipasarkan dan buku inggeris apa yang mencapai rating best seller.Sedang sahaja membelek-belek senaskah majalah import, tiba-tiba..


"Eh, kamu...Apa khabar?"


"Wa'alaikumsalam...Alhamdulillah..Baik-baik sahaja.."

(Dalam hati, pantang betul apabila orang tegur tak bagi salam!)


"Sorang saja ke?"


"Iya sorang...Saja datang sini jalan-jalan.."

Ok...Saya hanya akan tuju pada apa yang saya hendak cerita.Perbualan ini sungguh panjang..


"Sorang???" ~ bertanya sambil angkat kening ala Ziana Zain.


"Iya!Kenapa??"


"Kamu tak takut ke?Beraninya?"

Dan lagi sorang pula menyampuk..


"Takde kawan ke nak teman?Kenapa tak ajak boyfriend?"


"Saya dah biasa...Dan saya suka begini...Saya bebas.."

Dan secara tidak sengaja, keadaan aku semasa zaman aku zaman belajar dahulu diungkit-ungkit.


"Dahulu dekat Uni, kamu tak pernah berseorangan.Pergi mana-mana mesti berkepit dengan si polan si polan..Belajar pun rajin belajar ramai-ramai.Apa sudah jadi dengan kamu ni?"

Aku tiada jawapan untuk itu.Aku hanya menjungkit bahu dan tersenyum kambing.

Entahlah...Sejak 'bersendirian' ini, aku suka bersendiri.Aku sudah mula jadi seorang yang berprivasi tinggi.

Adakah salah jika aku begitu?Dan terus begitu?

Aku bebas jika aku bersendiri.
FULL STOP.

0 comments:

My Photo
Siti Zulaikha Kamarudin
View my complete profile
Aku Sang Merpati
Hidupku memerhati
Mengambil intipati
Untuk dibawa mati

 
Raudhah An-Nur© DiseƱado por: Compartidisimo