topbella

Sunday, January 2, 2011

Tahun Baru, Azam Baru, Semangat Baru....



Alhamdulillah,hari ini masuk tahun baru mengikut kalendar masihi.Aku masih memasang azam walaupun ia bukan tahun baru islam mengikut kalendar islam.

Pasti, sebagai seorang manusia yang normal, mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk masa akan datang..

***

Alhamdulillah, di akhir tahun 2010, kehidupan aku berakhir dengan agak baik.Aku menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Mikrobiologi di Universiti Malaya pada tanggal 15 Ogos 2010.Dan pada tanggal 20 September 2010, aku mula bekerja.

Pada tahun 2010 juga, aku mula bergiat dalam bidang perniagaan online secara serius.Aku berganding bahu dengan sahabat baik ku.

Ada juga perubahan besar yang berlaku dalam kehidupan aku pada tahun 2010.Tidak perlulah aku berkata disini.Aku bukan riak.Cuma aku bangga dengan diri aku.Aku jadikan diri aku lebih baik dari sebelumnya.Sahabat-sahabat yang terdekat pasti perasan akan perubahan aku itu.

Setakat ini, seolah-olah semua yang aku harapkan terjadi, alhamdulillah.Aku hanya perlu usaha untuk istiqamah.Cuma ada satu perkara sahaja..Iaitu CINTA.

CINTA itu fitrah.Dan aku sendiri tidak menidakkan untuk memilikinya.Kini, alhamdulillah, aku ada segala-galanya.Cuma hal yang satu ini seperti membuatkan hidup aku tidak lengkap dan seolah-olah tidak pernah cukup dan puas!

Sejak akhir-akhir ini, hati nurani aku sebagai seorang perempuan cukup cepat tersentap.Aku seolah-olah tidak boleh lihat pasangan suami isteri dan anak2 jalan bersama..Aku seolah-olah tidak boleh lihat seorang ibu menggendong anaknya..Kadang-kadang, air mata aku boleh mengalir tanpa aku sedari.Aku begitu rindukan keadaan itu...

Lebih dari setahun aku ambil masa untuk merawat diri aku.Aku larikan fokus aku kepada bisnes, kerja dan networking (perluaskan ukhuwah) dari mengenang 'orang lama'..Al-maklumlah, pertama kali jatuh cinta.Agak susah untuk aku buang jauh-jauh.Dia pun barangkali sudah membibit kemanisan alam percintaan, aku pula baru mula rasa untuk bercinta lagi.

Yang pasti, bercinta itu adalah dengan suami aku sendiri.Aku pun sudah nekad tidak akan jalinkan sebarang cinta dengan mana-mana lelaki yang tiada ikatan dengan ku.Itu usaha terbaik ku untuk tidak dikecewakan lagi.

Soal jodoh, aku pasrah sahaja.Biarkanlah...
Cuma aku berharap agar ia dipercepatkan...
Amin.

0 comments:

My Photo
Siti Zulaikha Kamarudin
View my complete profile
Aku Sang Merpati
Hidupku memerhati
Mengambil intipati
Untuk dibawa mati

 
Raudhah An-Nur© DiseƱado por: Compartidisimo