topbella

Sunday, January 16, 2011

Pelupa Sifat Burukku

Hari ini sudah 16 haribulan dan aku masih belum mendapat surat tawaran sambung belajar.Takut juga jika permohonan aku ditolak.Kelas bakal bermula pada bulan Februari.Empat belas hari lagi untuk melangkah ke bulan 2.

Dua hari lepas, aku dapat panggilan telefon dari PTS.Aku agak terkejut pada masa itu.Kenapa agaknya PTS menelefon ku?Padahal...Aku lupa bahawa aku telah memohon untuk jawatan editor sambilan disana.Si pemanggil berasa hairan mengapa aku tergagap ketika menjawab panggilan beliau.Sebenarnya aku sedang berfikir, apa kaitan aku dengan PTS?Hahaha...Its the starting joke of the year 2011!!~

Aku lupa..Aku sangat-sangat lupa berkenaan dengan PTS.Aku lupa yang aku telah menghantar resume aku ke pihak PTS.Atas alasan apa aku boleh lupa?

Pertama..
Aku sebenarnya hanya mencuba nasib.Aku berminat dengan jawatan tersebut.Cuma aku agak risau dengan pembahagian masa aku nanti.Aku tenang menghantarnya tanpa apa-apa pengharapan.Mungkin itu menyebabkan aku lupa!

Kedua...
Masa aku menghantar resume tersebut adalah pada lewat malam.Barangkali pada pukul 2 atau 3 pagi.Aku 'edit' resume dalam keadaan mamai.Aku rangka surat permohonan jawatan kepada PTS dalam keadaan mamai.Aku pun tidak tahu dari mana datangnya kudrat untuk memohon.

Walaupun aku lupa, ini tidak bermakna aku memandang enteng akan peluang ini.Aku diberi peluang menjalani ujian bertulis.Jika ujian tersebut aku lulus, aku akan ditemuduga pula pada sebelah petangnya.

Peluang telah dibuka dan aku akan cuba untuk tidak mensia-siakannya!

InsyaALLAH, semoga dipermudahkan segala urusan.

Amiiin.

0 comments:

My Photo
Siti Zulaikha Kamarudin
View my complete profile
Aku Sang Merpati
Hidupku memerhati
Mengambil intipati
Untuk dibawa mati

 
Raudhah An-Nur© DiseƱado por: Compartidisimo