topbella

Wednesday, October 13, 2010

Di Sebalik Buku Ada Cinta!


Seperti mahu luruh sahaja jantung apabila mataku tertancap pada sesuatu di atas meja kerja ku setelah pulang dari masa berehat....


Itu dia!

Semestinya aku tahu itu adalah angkara siapa.Sudah tentu dua orang sahabat baik ku di pejabat iaitu Miss Zircon dan Sakura Putih.Teringat masa berbual-bual dengan mereka tentang buku.Aku ada beritahu mereka bahawa aku peminat setia penulis Habiburahman El-Shirazy.Segala nukilan penulis hebat ini aku buat koleksi.Dan juga, aku ada bercerita kepada mereka tentang aku tidak cukup wang untuk membeli buku "Mihrab Cinta".

Terima Kasih sahabat!
Tiada hadiah yang paling hebat melainkan tanda ingatan dari seorang sahabat...
dan juga.....boleh aku tambah???hehehe...
BUKU juga sebuah hadiah yang terhebat!


Hati cukup berbunga-bunga.Seperti anak dara mahu dipinang gamaknya.Keluar dari kamar pejabat ku dengan senyuman yang melebar!Hadiah tersebut tidak sedikit pun di usik.Kelihatan comel apabila terlihat berkedudukan seperti itu (Seperti dalam gambar di atas).

"Sakura Putih, TERIMA KASIH!"

"Sama-sama.Dah baca sajak?Bagaimana?"

"Haahh??!Ada sajak ke?"

"Ada.Di belakang buku!"

Terasa seperti ingin berlari sahaja ke kamar.Masakan aku boleh tidak perasan?Oh, kerana sajak itu dibelakang buku, maka aku tidak nampak!Aku hanya lihat di hadapan.Aku hanya lihat "Mihrab".Aku hanya lihat reben.Aku hanya lihat corak hati.Mengapa aku tidak belek di belakang?!

Rasa bersalah menyelubungi jiwa aku.Inilah analoginya.Analoginya sebuah persahabatan, analogi sebuah cinta dan boleh jadi analogi sebuah kehidupan....

Hidup ini, kita hanya NAK nampak yang indah-indah sahaja.Yang buruk-buruk, kita biarkan ia sepi.Kita tidak lihat pun.Dalam erti kata lain, kita tidak bermuhasabah.Sedangkan yang buruk-buruk itulah terkandung seribu satu makna dan hikmah yang tidak ternilai..

Sama seperti aku dan hadiah itu.Betapa jahilnya aku tidak  nampak apa yang ada di belakang hadiah tersebut.Sebuah sajak yang sangat mendalam kata-katanya.Sajak yang boleh beri aku semangat dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan hidup dan juga dapat menyakinkan aku bahawa aku pasti akan mengecap bahagia.

Maafkan aku sahabat atas kejahilan ini....



"Sakura Putih ke yang buat sajak ni?"

"Ya.Tapi kemudiannya disemak dan disahkan oleh Miss Zircon."

Terima kasih Sakura Putih dan Miss Zircon!
Akan aku cuba menjadi seperti kamu berdua..
Handal berpuitis!

13 Oktober 2010

3 comments:

Miss Zircon said...

Sahabat, tiada yg paling indah melainkan aku telah diuji Tuhan seolah-olah air mata ini tak akan membeku, seolah-olah kudrat yang sedikit ini lumpuh dan lesu. Lantas Tuhan hadiahkan aku sesuatu. Sesuatu yang bisa mengembalikan palitan warna hidupku.Hadiah itu adalah "kau", biar aku gelarkan dikau "sahabat yang baru kutemu".

Sakura Putih said...

Terima kasih Raudhah, atas bicara ikhlasmu yg penuh erti...moga2 "mihrab cinta" menjadi penyatu persahabatan kita bertiga...renunglah mutiara tersembunyi yg telah kita bertiga temui saat ini setelah karam dilambung ombak...kerana ombak kita hampir kelemasan, namun tetap kita gagahi diri,menyelam jauh ke dasar bersendiri,mencari erti kehidupan ini..

Siti Zulaikha Kamarudin said...

Terima kasih!...Bagiku, ucapan terima kasih ini tidaklah cukup untuk mengekspresikan penghargaan persahabatan aku buat kamu berdua...Hanya ingatan dalam setiap doaku yang mampu aku berikan... Kita tidak pernah karam wahai sahabat-sahabatku...Itu cuma perasaan kita sahaja..Lihatlah sekarang apa jadi pada kita?Kita sudah tidak bersendirian lagi!

My Photo
Siti Zulaikha Kamarudin
View my complete profile
Aku Sang Merpati
Hidupku memerhati
Mengambil intipati
Untuk dibawa mati

 
Raudhah An-Nur© DiseƱado por: Compartidisimo